Selasa, 20 April 2010

RASULULLAH DIGANGGU IBLIS

SYAITAN DAPAT DITANGKAP.
Abu Darda’ (r.a.) menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w ) suatu ketika bangun untuk bersolat ,lalu ketika solat baginda berkata : اعوذ بالله منك “Aku berlindung kepada Allah dari engkau”. Kemudian baginda berkata: ألعنك بلعنة الله “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah”, sebanyak 3 kali sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat,kami bertanya: “ Wahai Rasulullah ! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakankannya dan kami melihat kamu menghulurkan tangan “ !
Rasulullah menjawab : Sesungguhnya musuh Allah iaitu iblis datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku,maka aku ucapkan “Aku berlindung kepada Allah dari engkau” tiga kali. Kemudian aku ucapkan: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah”. Akan tetapi dia tidak mengundurkan diri.Kemudian aku bercadang untuk menangkapnya.Demi Allah jika bukan kerana doa saudara kami Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga ke pagi dan dijadikan mainan anak-anak warga Madinah “.
( Hadis Sahih Riwayat Muslim ).
PENGAJARAN:
1. Orang Islam sentiasa diganggu terutama ketika ingin menunaikan Solat. Maka adalah sunat kita mengucapkan Taawuz sebelum takbir dan boleh ditambah dengan membaca Surah Al Nas.
2. Orang Islam yang beriman dikurniakan Allah kekuatan sehingga mampu menangkap Jin dan Syaitan dalam situasi tertentu.Tetapi tidak dibolehkan dengan tujuan dan niat jahat manusia seperti dijadikan suruhan untuk tujuan kejahatan.
3. Rasulullah dan para sahabat pun diganggu Syaitan apatah lagi manusia biasa. Justeru adalah wajar kita mengamalkan zikir-zikir dan ayat perlindungan seperti diamalkan Rasulullah s.a w. , para sahabat dan solohin dalam setiap keadaan agar terhindar daripada gangguan Syaitan dan kuncu-kuncunya. Antaranya :Doa Rasulullah s.a w.:
اعوذ بكلمات الله التامات من شرّما خلق
Dari Abu Daud dan Tirmizi,Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca doa ini 3 kali,tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya”.

0 ulasan:

Catat Ulasan