Pages

Rabu, 25 Januari 2012

DOA KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum. Pada keluaran lalu kita membincangkan masalah kegagalan sebahagian pelajar atau anak didik kita ke bangku sekolah. Bukan sahaja ibu bapa malah para pendidik telah sekian lama menghadapi situasi seperti itu.Sebenarnya kita tiada bukti kukuh mendakwa pelajar atau anak kita yang degil.Mungkin kita atau orang lain yang paling hampir juga memiliki ciri seperti itu yang memberi impak kepada masalah yang sedang di hadapi. Oleh itu mohonlah pada Allah merawat kita semua dengan senjata ini iaitu :

يَا لَطِيْفًا لَمْ يَزَلْ أُلْطُفْ بِنَا فِيْمَا نَزَلَ .. إِنّك لَطِيْفٌّ لَمْ تَزَلْ .. أُلْطُفْ بِنَا وَ المُسْلِمِيْن

Ya Latifan lam yazal ultuf bina fima nazal innaka Latifun lam tazal ultuf bina wal-muslimin

“O Gentle Who remains for ever, be gentle to us in all that befalls us, You are constantly Gentle, treat us and the Muslims with gentleness!”

“Wahai yang Maha Pelembut,berlaku lembutlah kepada kami pada apa jua yang engkau turunkan,sesungguhnya Engkau sentiasa berlaku lembut, berlembutlah ke atas kami dan orang-orang Islam”.

Amalkan sebagai doa selepas solat dan niatkan siapa yang dimaksudkan.Boleh dibacakan pada air dan jadikan minuman bersama.Baca dan tiupkan pada anak yang anda kasihi itu dan mohon Allah selesaikan. Insya Allah berkesan dengan izin Allah. ( Yang telah mencuba berikan komen anda tentang keberkesanannya selepas ini ).

Sabtu, 21 Januari 2012

MENGAPA ANAK ANDA TIDAK MAHU KE SEKOLAH

Assalamualaikum.
Tajuk kali ini seolah sinonim dengan bermulanya sesi persekolahan baru.Pening kepala juga para ibu bapa apabila anak kita tiba-tiba sahaja berubah watak. Dulunya rajin sekarang malas,sukar bangun pagi,perlu dipaksa malah ada yang seolah tersekat apabila tiba sahaja di pintu pagar sekolah.Ramai juga yang datang meminta bantuan.Saya amat simpati sekali lebih-lebih lagi masalah tersebut pernah saya alami sendiri.Insya Allah kali ini saya akan berkongsi beberapa maklumat mengapa terjadi dan apa ikhtiar kita menanganinya.Sepanjang pengalaman membantu para waris dan apa yang saya alami sendiri tindakan berikut boleh dicuba.
1. Bawa anak anda untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh.Jika ternyata ada masalah kesihatan dapatkan rawatan pakar,insya Allah mungkin itulah puncanya.
2. Jika kesihatnnya disahkan tidak bermasalah saya sarankan ibu dan bapa cuba bermuhasabah.Mungkin ada janji-janji dengan si anak atau dengan Allah yang belum ditunaikan.Tunaikan secepat mungkin dan mohon ampun pada Allah.
3. Adakan bacaan Yassin dan solat hajat serta solat taubat secara berjamaah dalam keluarga.Libatkan semua ahli keluarga .Paling afdal si ayah sebagai Imam.Mohonlah bantuan Allah agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.Kita tidak tahu mungkin dosa-dosa kita atau ahli keluarga kita yang belum terampun telah mengundang ujian Allah.
4. Jika masih buntu kita perlu BERSABAR .Kawal emosi kerana kadang-kadang ibu bapa juga hilang pertimbangan dan menambahkan lagi masalah yang tidak terlerai itu.
5. Dapatkan bantuan orang lain secara rawatan Islam.Hal ini kerana kebanyakan masalah ini disebabkan oleh penglibatan gangguan makhluk halus yang telah mempengaruhi emosi negatif dan kedegilan melampau si anak.
6. Anak anda perlu dibuat scanning oleh perawat untuk dikeluarkan dengan izin Allah.Biasanya Jin yang menginap dalam badan si anak inilah yang menghalangnya ke sekolah kerana sebelum sampai lagi Jin-jin lain yang telah sedia ada dalam kawasan sekolah tidak membenarkan Jin pendamping si anak itu masuk.Jin pendamping itu kadangkala adalah saka.Tahap inilah anda perlu bersabar kerana rawatan mungkin memakan masa.
Oleh itu kita perlu sentiasa berusaha sejak awal lagi,jangan alpa,teruskan doa agar masalah anak tidak berlarutan hingga ke tahap ke enam di atas. Apakah doanya....insya Allah saya akan kongsikan nanti.