Pages

Khamis, 13 Disember 2012

ANTARA RESOLUSI KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA 2012 - Suatu Renungan dan Muhasabah Untuk Pesakit dan Perawat Islam

1.Ruqyah Syar'iyyah daripada al-Quran dan As-Sunnah memiliki kehebatan tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya dengan syarat perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ambilan yang sah dan tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.
2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu' dan kasihan belas kepada pesakit.
3.Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan pengamal. Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.
4.Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada Syariat Islam seperti penggunaan 'khidmat syaitan', tangkal azimat, jampi serapah yang tidak syar'ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah pelindung sihir.
5. Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam pengubatan Islam berdasarkan isyarat hadis Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan bekam.

6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.

7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan kaeddah yang salah.

8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunujukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniaawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.

9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku,

SALSABIL

AIR MINERAL DIBACAKAN 30 JUZUK AL QURAN DAN
DIAURAKAN DENGAN DOA SYIFA' OLEH HALAQAH TAHFIZ
DAN PERAWAT ISLAM - DIEDAR OLEH JNS FASTIMA
ENTERPRISE ( AS0267850-U ). SEKOTAK 24 BOTOL.500ml.
Punca Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM163(24/K/4)
Berhajat hubungi/sms 019 4125903 atau 013 4845719
 Facebook -Air Mineral Salsabil.

PANDANGAN SAYA SEBAGAI PENGGUNA - BERKESAN UNTUK
PESAKIT DAN PERAWAT dengan IZIN ALLAH.