Sabtu, 10 September 2016
عَنْ
أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ
السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ
صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "
Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa
setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." (HR Tirmizi No: 680)
Status: Hadis Hasan.
Bersadasarkan hadis di atas maka menjadi sunnah berpuasa pada
hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji di
tanah haram Mekah.
Ganjaran
bagi mereka yang berpuasa pada hari Arafah begitu besar dengan mendapat
ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas maka ganjaran
puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun. SELAMAT BERPUASA.
Selasa, 6 September 2016
IBADAH KURBAN
Lafaz
Hadits
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
قَالَ شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الأَضْحَى
بِالْمُصَلَّى فَلَمَّا قَضَى خُطْبَتَهُ نَزَلَ مِنْ مِنْبَرِهِ وَأُتِىَ
بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِيَدِهِ وَقَالَ: بِسْمِ
اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ هَذَا عَنِّى وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِى
“Diriwayatkan
dari Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anhu bahwasanya dia
berkata, “Saya menghadiri shalat idul-Adha bersama Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam di mushalla (tanah lapang). Setelah beliau
berkhutbah, beliau turun dari mimbarnya dan didatangkan kepadanya seekor
kambing. Kemudian Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelihnya
dengan tangannya, sambil mengatakan: Dengan nama Allah. Allah Maha
Besar. Kambing ini dariku dan dari orang-orang yang belum menyembelih di
kalangan umatku”
Takhrij
Hadits
Hadits
ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 11051, Imam
Abu Dawud dalam Sunan-nya no. 2812, Imam At-Tirimidzi dalam Sunan-nya
no. 1521 dan yang lainnya. Imam At-Tirmidzi mengatakan, “Hadits ini gharib”.
Syaikh Al-Albani menshahihkan Hadits ini dalam Shahih Sunan Abi Dawud dan
lainnya.
Mafhum
Hadis adalah seperti berikut:
- Disunnahkannya shalat
idul-adha di
mushalla, iaitu tanah lapang. Begitu pula dengan shalat idul-fithri.
- Khutbah
‘id dilakukan setelah mengerjakan shalat ‘id.
- Disunnahkannya
mendatangkan mimbar ke mushalla (tanah lapang) dan imam berkhutbah di
atasnya ketika shalat ‘id.
- Disunnahkan
menyegerakan penyembelihan setelah shalat id selesai dan tidak ada yang
menyembelih sebelum imam menyembelih.
- Disunnahkan
menyembelih sendiri untuk orang yang berqurban dengan kambing,
- Satu
kambing untuk penyembelihan satu orang.
- Disyariatkan
membaca: (بِسْمِ
اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ) sebelum menyembelih.
Ahad, 4 September 2016
BUKU TERKINI BAKAL TERBIT:
RAWATAN GANGGUAN JIN
TERHADAP PELAJAR SECARA
RUQYAH DAN DOA
Pengisian buku ini sengaja difokuskan kepada warga pendidik, ibu bapa dan semua golongan pelajar sama ada di sekolah mahu pun di peringkat lebih tinggi. Hal ini kerana sejak terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan dan Rawatan Islam secara suka rela didapati golongan tersebut adalah antara yang sentiasa menjadi mangsa rasukan ,gangguan,sihir dan sebagainya ………………….
SUATU PERKONGSIAN ILMU YANG SEDIKIT DAN PENGALAMAN YANG TIDAK SEBERAPA
MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA .
Ahad, 28 Jun 2015
TAZKIRAH
: KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
Sebenarnya
terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan
ini terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif
taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.
Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang
Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala
sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi
SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk
mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan
ilmu dan kekurang keperihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah
:-
1)
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana
uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya
dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok,
makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua
perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda
yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini
disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah
makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat
al-Bukhari)
2)
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan
dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah
baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu
terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir
malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah
lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari,
4/138)
3)
Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu
lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara
waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika
memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka
meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4)
Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana
waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di
cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir
tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja.
Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu
tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu
penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md
'Uqlah, hlm 278)
Sabtu, 17 Mei 2014
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
OLEH
AL FADZIL USTAZ MUHD LUTHFFI AMEER BIN ABDULLAH
( PENSYARAH KANAN POLIMAS.)
PADA :SELASA 27 MEI 2014 M / 27 REJAB 1435 H
JAM :
8.00 MALAM
TEMPAT : MASJID KAMPONG PULAI ,TOKAI.
(ANJURAN BERSAMA PEGAWAI DAN JAWATANKUASA KARIAH
MASJID KAMPONG PULAI )
MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.
|
Rabu, 15 Mei 2013
PENGHASILAN AIR MINERAL SALSABIL
Air mineral Salsabil dihasilkan melalui beberapa proses yang telah
dikenalpasti kebersihan dan ketulinannya yang disahkan pihak dan agensi berkaitan
.Punca air di Kilang Keda Agrobiz Sdn.Bhd. bertempat di Lot 4394,Kampung Charuk
Tualang,Jalan Gurun-Sik 08200 Sik,Kedah Darul
Aman telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM163(24/K/4).Keduanya punca dan proses penghasilannya diakui bersih dan halal
melalui kelulusan taraf Halal Malaysia (K) HL 105/16/2011.
Sebagai Pengedar air mineral jenama Salsabil iaitu JNZ Fastima
Enterprise (AS0267850-U) maka pihak kami amat yakin dengan taraf ketulinan
punca air,kualiti kebersihan dan proses pengeluarannya yang menggunakan mesin
berteknologi tinggi sehinggalah Air Mineral Salsabil dapat diedarkan dan
memenuhi kehendak pelanggan di pasaran Malaysia.
Justeru untuk memenuhi tanggungjawab
sebagai pengedar Muslim pihak kami membantu dengan kepakaran yang dimiliki agar
air mineral Salsabil lebih berkesan untuk kesihatan semua,terutama pengguna Muslim
dengan cara punca air tersebut diperkasakan dengan tenaga tambahan iaitu
dibacakan 30 Juzuk Al Qur’an dan doa-doa penyembuhan .Dalam hal ini
disiplin ilmu Pembacaan
Al Qur’an serta kaedah rawatan Islam
sebenar dijadikan prosedur yang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab .
Prosesnya seperti berikut:
1. Menentukan pembaca
Al Qur’an dan Pusat Tahfiz yang berkelayakan.
2. Mendapatkan khidmat
bantu perawat rawatan Islam yang berdaftar dengan Persatuan Perawat Islam Malaysia yang
diiktiraf .
3. Memastikan punca air
mestilah dari tempat asal iaitu punca air di Kilang Agrobiz .
4. Punca air dibacakan
30 Juzuk al Qur’an.
5. Punca air didoakan
oleh perawat Islam.
6. Air mineral
Salsabil siap sedia untuk dibotolkan.
Pihak JNZ Enterprise sebagai
pengedar menegaskan bahawa kos pemasaran dan harga hanyalah melibatkan penjualan Air Mineral
Salsabil semata-mata .Manakala pembacaan Al Qur’an serta doa yang dibacakan
adalah ikhlas sebagai sumbangan khidmat masyarakat tanpa melibatkan sebarang
kos atau pembayaran kepada para pengguna dan pelanggan.Semoga kesangsian
pengguna selama ini terjawab hendaknya.
Langgan:
Catatan (Atom)