ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah setinggi syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan kita berkongsi ilmu Allah swt. Pembaca sekelian, betapa banyaknya nikmat Allah yang telah kita rasai dan kecapi sehingga tidak terhitung rasanya. Nikmat Iman, Islam,kesihatan ,terhindar dari kesusahan ,bala bencana dan jutaan nikmatNya lagi dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya telah kita lalui. Namun sepadankah dengan amalan kita yang terbatas waktunya ini. Justeru, eloklah kita teruskan beramal yang wajib dan sentiasa menambahkan amalan Sunat agar kita terus dibawah peliharaan Allah sentiasa . Antara amalan Sunat yang mudah,ringan tetapi dilupakan kebanyakan kita ialah Sujud Syukur. Sujud ini amatlah sesuai untuk perawat dan pesakit terutama kepada pesakit yang baru disembuhkan oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda:"Setiap orang Islam yang sujud kepada Allah,sekali sujud sahaja melainkan diangkatkan oleh Allah baginya satu darjat dan digugurkan daripadanya satu kejahatan". Para Ulama' mengatakan tanda syukur sebenar ialah ibadat Sujud Syukur selain berzikir alhamdulillah memuji Allah . Sebuah hadis yang diriwayatkan Abi Bakar r.a. : "Bahawasanya nabi s.a.w. apabila datang kepadanya oleh perkara yang menyukakannya maka menyungkurilah sujud baginda kepada Allah s.w.t" . Tidakkah pulih daripada kesakitan sesuatu yang amat menggembirakan kita ? Insya Allah amalan ini dengan izin Allah akan mengekalkan kesihatan kita dan dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang berulang. Caranya ialah:
1.Dalam keadaan kita berwuduk.2.Waktu selain waktu yang diharamkan solat.
3.Keadaan berdiri atau duduk
4.Takbiratul Ihram ( sambil niat untuk sujud syukur)
5.Terus sujud (sekali sahaja )
6.Baca tasbih solat semasa sujud atau bacaan sujud sajdah
7 Dalam hati bersyukurlah banyak-banyak pada Allah apa yang kita kehendaki
8.Terus beri salam setelah duduk semula selepas sujud tadi.
Insya Allah,mudah mudahan Allah memelihara kita dan menambahkan lagi nikmatnya - Amin.