Pages

Sabtu, 3 Disember 2011

KELEBIHAN SABAR KETIKA KESAKITAN

Imam Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan sebuah hadis tentang ganjaran orang yang sabar ketika menderita akibat gangguan . Dalam Kitab Tibbun Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah menulis hadis tersebut : Dari 'Atha' bin Abi Rabah,ia berkata;Ibnu Abbas berkata:"Mahukah aku tunjukkan seorang wanita ahli Syurga? Jawabku:"Tentu".Ia berkata:"Inilah dia wanita hitam ini ,ia telah datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata:"Sesungguhnya aku ini seorang penderita penyakit kesurupan(gangguan) dan (ketika penyakit itu datang ) aku membuka aibku sendiri.Maka tolonglah engkau doakan aku kepada Allah."Nabi bersabda "Jika engkau mahu maka bersabarlah,engkau berhak mendapat Syurga.Dan jika engkau mahu ,aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan kesembuhan kepadamu." Maka wanita itu berkata:"Aku akan bersabar.Dan kerana aku membuka sendiri aibku(ketika penyakit itu datang) maka tolonglah Ya Rasulullah doakan kepada Allah agar aku tidak membuka aibku." Lalu Nabi s.a.w. mendoakan wanita itu. (H.R.BUKHARI DAN MUSLIM).

PENGAJARAN:
1. Penyakit akibat gangguan berpunca dari dua faktor.Pertama disebabkan faktor kejiwaan pesakit yang lemah akidah akibat kealpaan terhadap suruhan dan larangan Allah.Kedua boleh juga terjadi akibat masalah fizikal akibat gangguan kesihatan yang berkaitan saraf.Kata Ibn Qayyum, sahabiah di atas adalah akibat faktor kedua ini.
2. Justeru,perawat harus berhati-hati agar penyakit seperti di atas tidak ditujukan 100 peratus terhadap makhluk halus.Diagnosis mesti tepat dan rawatan pemulihan fizikal wajar disekalikan ketika rawatan.
3. Rasulullah s.a.w. adalah contoh dan tokoh perawat terbaik.Baginda tidak tergesa-gesa malah terlebih dahulu berdakwah tentang sabar dan syurga kemudian barulah merawat dengan berdoa kepada Allah .Pesakit dan perawat mesti berada dalam satu kefahaman dan akidah yang benar iaitu Allah sahaja sebagai penyembuh dan perawat hanya sebagai pendoa sahaja.

Wallahu Aklam.

0 ulasan:

Catat Ulasan