Pages

Sabtu, 21 Januari 2012

MENGAPA ANAK ANDA TIDAK MAHU KE SEKOLAH

Assalamualaikum.
Tajuk kali ini seolah sinonim dengan bermulanya sesi persekolahan baru.Pening kepala juga para ibu bapa apabila anak kita tiba-tiba sahaja berubah watak. Dulunya rajin sekarang malas,sukar bangun pagi,perlu dipaksa malah ada yang seolah tersekat apabila tiba sahaja di pintu pagar sekolah.Ramai juga yang datang meminta bantuan.Saya amat simpati sekali lebih-lebih lagi masalah tersebut pernah saya alami sendiri.Insya Allah kali ini saya akan berkongsi beberapa maklumat mengapa terjadi dan apa ikhtiar kita menanganinya.Sepanjang pengalaman membantu para waris dan apa yang saya alami sendiri tindakan berikut boleh dicuba.
1. Bawa anak anda untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh.Jika ternyata ada masalah kesihatan dapatkan rawatan pakar,insya Allah mungkin itulah puncanya.
2. Jika kesihatnnya disahkan tidak bermasalah saya sarankan ibu dan bapa cuba bermuhasabah.Mungkin ada janji-janji dengan si anak atau dengan Allah yang belum ditunaikan.Tunaikan secepat mungkin dan mohon ampun pada Allah.
3. Adakan bacaan Yassin dan solat hajat serta solat taubat secara berjamaah dalam keluarga.Libatkan semua ahli keluarga .Paling afdal si ayah sebagai Imam.Mohonlah bantuan Allah agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.Kita tidak tahu mungkin dosa-dosa kita atau ahli keluarga kita yang belum terampun telah mengundang ujian Allah.
4. Jika masih buntu kita perlu BERSABAR .Kawal emosi kerana kadang-kadang ibu bapa juga hilang pertimbangan dan menambahkan lagi masalah yang tidak terlerai itu.
5. Dapatkan bantuan orang lain secara rawatan Islam.Hal ini kerana kebanyakan masalah ini disebabkan oleh penglibatan gangguan makhluk halus yang telah mempengaruhi emosi negatif dan kedegilan melampau si anak.
6. Anak anda perlu dibuat scanning oleh perawat untuk dikeluarkan dengan izin Allah.Biasanya Jin yang menginap dalam badan si anak inilah yang menghalangnya ke sekolah kerana sebelum sampai lagi Jin-jin lain yang telah sedia ada dalam kawasan sekolah tidak membenarkan Jin pendamping si anak itu masuk.Jin pendamping itu kadangkala adalah saka.Tahap inilah anda perlu bersabar kerana rawatan mungkin memakan masa.
Oleh itu kita perlu sentiasa berusaha sejak awal lagi,jangan alpa,teruskan doa agar masalah anak tidak berlarutan hingga ke tahap ke enam di atas. Apakah doanya....insya Allah saya akan kongsikan nanti.

2 ulasan:

hsn berkata...

ustaz, anak saya mempunyai masalah seperti ini, telah berlarutan hampir setahun

pelbagai usaha telah dilakukan seperti rawatan islam, berjumpa doktor pakar psikiatri tapi masih gagal

mohon untuk berhubung dgn ustaz, saya cuba cari contact no ustaz disini tapi tiada.

email saya: deanhsn@gmail.com

Unknown berkata...

Assamualaikum ustaz, saya telah mengalami masalah ni lebih 4 tahun pelbagai cara telah dilakukan samada rawatan moden atau islam, biasanya anak saya mengalami kesakitan apabila hendak ke sekolah, berkali2 masuk hospital tapi punca tetap tidak diketahui, upsr pun dia tidak ambil kerana masalan ini, tahun ini dia dah memasuki tingkatan 2 tapi dia hanya dapat hadir 4 hari saja di awal tahun, kalau sudi minta tolong ustaz bagi pencerahan

Catat Ulasan