1.Ruqyah Syar'iyyah daripada al-Quran dan As-Sunnah memiliki kehebatan
tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya dengan syarat
perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta
memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ambilan yang
sah dan tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.
2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang
betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit,
beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang
berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat
mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu' dan
kasihan belas kepada pesakit.
3.Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa kesembuhan
datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan pengamal. Tugas
pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah
usaha dan ikhtiar.
4.Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan
pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil
yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada Syariat
Islam seperti penggunaan 'khidmat syaitan', tangkal azimat, jampi
serapah yang tidak syar'ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik,
meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti darah,
hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah pelindung
sihir.
6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.
7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan kaeddah yang salah.
8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunujukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniaawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.
9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku,
2 ulasan:
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT
INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_ 4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT
Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -
Plus, making money online using it is as simple as 1...2...3!
Here's how it works...
STEP 1. Tell the system which affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some PUSH button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
STEP 3. See how the system grow your list and up-sell your affiliate products all on it's own!
Are you ready to start making money?
The solution is right here
Catat Ulasan