Rabu, 15 Mei 2013

PENGHASILAN AIR MINERAL SALSABIL


     Air mineral Salsabil dihasilkan melalui beberapa proses yang telah dikenalpasti kebersihan dan ketulinannya yang disahkan pihak dan agensi berkaitan .Punca air di Kilang Keda Agrobiz Sdn.Bhd. bertempat di Lot 4394,Kampung Charuk Tualang,Jalan Gurun-Sik 08200 Sik,Kedah Darul  Aman telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM163(24/K/4).Keduanya punca dan proses penghasilannya diakui bersih dan halal melalui kelulusan taraf Halal Malaysia (K) HL 105/16/2011.
     Sebagai Pengedar air mineral jenama Salsabil iaitu JNZ Fastima Enterprise (AS0267850-U) maka pihak kami amat yakin dengan taraf ketulinan punca air,kualiti kebersihan dan proses pengeluarannya yang menggunakan mesin berteknologi tinggi sehinggalah Air Mineral Salsabil dapat diedarkan dan memenuhi kehendak pelanggan di pasaran Malaysia.
     Justeru untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengedar Muslim pihak kami membantu dengan kepakaran yang dimiliki agar air mineral Salsabil lebih berkesan untuk kesihatan semua,terutama pengguna Muslim dengan cara punca air tersebut diperkasakan dengan tenaga tambahan iaitu dibacakan 30 Juzuk Al Qur’an dan doa-doa penyembuhan .Dalam  hal ini    disiplin         ilmu Pembacaan
Al Qur’an serta kaedah rawatan Islam sebenar dijadikan prosedur yang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab . Prosesnya seperti berikut:
1.    Menentukan pembaca Al Qur’an dan Pusat Tahfiz yang berkelayakan.
2.    Mendapatkan khidmat bantu perawat rawatan Islam yang berdaftar dengan  Persatuan Perawat Islam Malaysia yang diiktiraf .
3.    Memastikan punca air mestilah dari tempat asal iaitu punca air di Kilang Agrobiz .
4.    Punca air dibacakan 30 Juzuk al Qur’an.
5.    Punca air didoakan oleh perawat Islam.
6.    Air mineral Salsabil  siap sedia untuk dibotolkan.
               Pihak JNZ Enterprise sebagai pengedar menegaskan bahawa kos pemasaran dan harga  hanyalah melibatkan penjualan Air Mineral Salsabil semata-mata .Manakala pembacaan Al Qur’an serta doa yang dibacakan adalah ikhlas sebagai sumbangan khidmat masyarakat tanpa melibatkan sebarang kos atau pembayaran kepada para pengguna dan pelanggan.Semoga kesangsian pengguna selama ini terjawab hendaknya.