Sabtu, 24 September 2016

Sabtu, 10 September 2016


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya."  (HR Tirmizi No: 680) Status: Hadis Hasan.
Bersadasarkan hadis di atas maka menjadi sunnah berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji di tanah haram Mekah.
Ganjaran bagi mereka yang berpuasa pada hari Arafah begitu besar dengan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas maka  ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun. 


SELAMAT BERPUASA.

Selasa, 6 September 2016

IBADAH KURBAN
Lafaz Hadits
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الأَضْحَى بِالْمُصَلَّى فَلَمَّا قَضَى خُطْبَتَهُ نَزَلَ مِنْ مِنْبَرِهِ وَأُتِىَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِيَدِهِ وَقَالَ: بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ هَذَا عَنِّى وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِى
“Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anhu bahwasanya dia berkata, “Saya menghadiri shalat idul-Adha bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di mushalla (tanah lapang). Setelah beliau berkhutbah, beliau turun dari mimbarnya dan didatangkan kepadanya seekor kambing. Kemudian Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelihnya dengan tangannya, sambil mengatakan: Dengan nama Allah. Allah Maha Besar. Kambing ini dariku dan dari orang-orang yang belum menyembelih di kalangan umatku
Takhrij Hadits
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 11051, Imam Abu Dawud dalam Sunan-nya no. 2812, Imam At-Tirimidzi dalam Sunan-nya no. 1521 dan yang lainnya. Imam At-Tirmidzi mengatakan, “Hadits ini gharib”. Syaikh Al-Albani menshahihkan Hadits ini dalam Shahih Sunan Abi Dawud dan lainnya.
Mafhum Hadis adalah seperti berikut:

  1. Disunnahkannya shalat idul-adha di mushalla, iaitu tanah lapang. Begitu pula dengan shalat idul-fithri.
  2. Khutbah ‘id dilakukan setelah mengerjakan shalat ‘id.
  3. Disunnahkannya mendatangkan mimbar ke mushalla (tanah lapang) dan imam berkhutbah di atasnya ketika shalat ‘id.
  4. Disunnahkan menyegerakan penyembelihan setelah shalat id selesai dan tidak ada yang menyembelih sebelum imam menyembelih.
  5. Disunnahkan menyembelih sendiri untuk orang yang berqurban dengan kambing,
  6. Satu kambing untuk penyembelihan satu orang.
  7. Disyariatkan membaca: (بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ) sebelum menyembelih.

Ahad, 4 September 2016

     
BUKU TERKINI BAKAL TERBIT: 
 RAWATAN GANGGUAN  JIN
        TERHADAP PELAJAR  SECARA
            RUQYAH DAN DOA


Pengisian buku ini sengaja difokuskan kepada warga pendidik, ibu bapa dan semua golongan pelajar sama ada di sekolah mahu pun di peringkat lebih tinggi. Hal ini kerana sejak terlibat secara langsung  dengan dunia pendidikan dan Rawatan Islam  secara suka rela didapati golongan tersebut adalah  antara yang sentiasa menjadi mangsa rasukan ,gangguan,sihir dan sebagainya ………………….

SUATU PERKONGSIAN ILMU YANG SEDIKIT DAN PENGALAMAN YANG TIDAK SEBERAPA
 MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA .