Ahad, 31 Oktober 2010

GANGGUAN DI SEKOLAH- SUATU KAJIAN KES

Kali ini kita berkongsi beberapa kes sebenar yang berlaku di sebuah sekolah yang membimbangkan semua pihak kerana dalam keghairahan guru mendidik muncul pula beberapa kes yang mesti diselesaikan . Jika tidak impian mencapai sekolah berprestasi tinggi mungkin tergugat.

KES 1:
Suatu pagi pada awal tahun persekolahan sesi 2010 yang lalu ketika para guru dan pelajar bersedia memulakan waktu pertama tiba-tiba sahaja terdengar suara orang menangis.Kuat sekali bunyinya . Tidak disangka suara teriakan yang kuat itu datangnya dari seorang pelajar tingkatan satu yang baru bertukar masuk. Kelihatan beberapa orang guru cuba memujuk tetapi hampa. Situasi sebegitu hanya biasa berlaku di sekolah rendah. Tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Hasil soal selidik dengan si bapa pelajar itu mengatakan anaknya tiada apa-apa masalah kesihatan . Malah apabila kembali ke rumah dia lebih aktif dan tidak ada apa-apa perkara luar biasa berlaku. Dalam nada kecewa si bapa kehairanan mengapa anaknya berubah watak tidak mahu mendekati kelas sebaik sahaja sampai ke sekolah ?Sebaliknya cabut lari sambil berteriak melolong ke sana sini .Akhirnya pelajar tersebut terus berhenti dari belajar di sekolah itu. Siapakah yang patut dipersalahkan ? Apa tindakan yang wajar dilakukan agar situasi seperti itu tidak berulang?

KES 2 :
Pada pertengahan Bulan Mei 2010 yang lalu seorang pelajar lelaki tingkatan 2 yang berdisiplin dan berpotensi kelihatan menangis tersesak-esak di kaunter pejabat sambil memegang borang untuk memohon pulang ke rumah. Pada hal ketika itu baru jam 8.15 pagi. Apabila disoal katanya dia tidak tahan dengan rasa sakit yang amat sangat di bahagian pundi-pundinya.l.Ibunya pun hadir dan membawa pulang ke rumah. Guru-guru lain memberi maklumat bahawa pelajar itu sememangnya kerap ke tandas setiap hari. Keadaan itu menyebabkan pelajarannya sentiasa terganggu. Kata rakan-rakannya perkara tersebut telah berlaku sejak sebulan yang lalu.
Suatu hari ibunya hadir berjumpa dengan Penolong Kanan.Sedih dan muram sekali wajah siibu ketika menceritakan hal anaknya tadi sambil air mata kesedihan berlenangan. Katanya dia telah membawa anaknya membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah tetapi laporan doktor menunjukkan anaknya sihat tiada apa-apa masalah . Maklumat ini menghairankan semua pihak. Malah pelajar itu sihat walafiat sebaik sampai ke rumah setiap hari tetapi akan meragam semula kesakitannya apabila dia sampai ke sekolah pagi esoknya. Penyakit apakah ini ? Selang beberapa minggu selepas itu pelajar tersebut mula ponteng. Katanya dia amat malu kepada rakan-rakannya. Bayangkan jika situasi itu menimpa anak kita ?



KES 3

Selang beberapa minggu selepas Kes 2 muncul pula kes baru. Suatu hari Puan N seorang guru yang selama ini ceria lagi aktif meminta izin untuk bertemu dengan PK. Katanya untuk berbincang tentang sedikit masalah personal yang dihadapinya. Apabila disebut masalah ‘personal’ maka Pn. N pun dijemput berbincang dalam bilik Pk agar tidak didengari rakan-rakan lain. Satu persatu diceritakannya. PK hanya mendengar . Bukan masalah rumahtangga tetapi masalah kesihatannya yang agak terganggu.
Ketika berbual Puan N mengadu sejak akhir-akhir ini apabila balik ke rumah tenaganya layu. Sebelum ini bersolat dan membaca Al Quran sentiasa diutamakan. Katanya lagi sekarang ini apa yang dialami adalah sebaliknya,semangat untuk melakukan ibadah seperti itu semakin luntur dan terasa malas malah kadangkala rasa tidak bermaya.Ketika Pk bersuara memberikan pendapat tiba-tiba sahaja Pn. N merasakan jantungnya bergetaran. Wajahnya terus muram dan kelihatan sekali sekala seakan meloya seperti mahu muntah. Kata Pn N “maaf cikgu saya terpaksa ke tandas……” Dia terus meluru keluar dan meninggalkan PK dengan seribu persoalan…



KES 4
Suatu pagi beberapa hari selepas peristiwa Kes 3 ketika berjalan ke Kantin seorang guru menyapa dan terus sahaja mengadu yang dia kurang sihat hari ini.Puan AR mengatakan sebelah tangannya terasa lenguh dan sakit yang amat sangat. Jika boleh dia memohon untuk dibantu. Puan AR sememangnya seorang yang peramah dan bermotivasi tinggi. Tetapi pagi itu kelihatan wataknya berubah sama sekali. Mungkin lantaran keletihan setelah dua minggu terpaksa bermalam di hospital kerana masalah kesihatan keluarga .Begitulah hidup ini kadangkala kita diuji oleh Allah. Atas rasa simpati penulis bersetuju untuk merawat secara ringkas walaupun terpaksa.
Seperti biasa air mineral setelah dirukyah lalu diberi minum. Tiga orang rakan lagi turut bersama sebagai pemerhati. Ibu rukyah Surah Al fatihah dibacakan .Puan AR kelihatan terus sahaja memejam mata. Selesai Al fatihah jejari tangannya mula bergetaran. Seorang rakan yang berada berhampiran kelihatan mula merakamkan peristiwa menggunakan telefon bimbit. Ayat-ayat pemanas dibacakan ,tiba-tiba ………..

S : Wahai makhluk Jin, siapa kamu ? Jika kamu Jin Saka angkatkan
tangan !
AR : (Tangan kanan yang bergoyangan nampak terangkat perlahan-lahan)

S : Jika benar tekaan kami , angkatkan tangannya tetapi jika tidak
betul jangan angkat ! kalau kamu berbohong Insya Allah terbakar
kamu ! Apa betul kamu ni Jin saka sebelah ibu ?
AR : ( Kelihatan tangan diangkat. Getaran semakin kuat. Bunyi nafasnya
pun semakin kencang.Ternyata gangguan itu bermula dari rumah
bukan di sekolah seperti yang disangkakan.)
S : (Meneruskan rukyah dengan ayat-ayat penunduk.) Kamu Jin Islam?
AR : ( Tiada respon. Cuma mengalih wajah yang semakin “comel” itu
ke arah kanan seolah tidak melayan pertanyaan. Sombongnya Jin itu!)
S : Wahai Jin Saka ! Ingat jika kamu tidak berikan kerjasama bermakna
kamu memang sombong dan bongkak.Dengan izin Allah
kesombongan kamu nanti dibalas dengan sejuta rasa kepanasan !
Jawab, apa kamu ni jin Kafir ?
AR : ( Soalan provokasi itu berkesan dengan izin Allah. Badannya terus
terketar-ketar kuat. Mulut terngaga-nganga sambil berbunyi) :
Ggrrruuuuhhhkkkhhhh……(mungkin bahasa Jin yang siapa pun
tak faham tetapi menggerunkan sambil lidah terjelur keluar
menghamburkan percikan air liur yang ‘wangi’ itu)
S : Ayat-ayat belasah terus dibacakan.Situasi tegang seketika. Bila
menoleh ke belakang rakan-rakan pemerhati sudah bertempiaran .
Juru kamera pun dah ‘cabut’. Alhamdulillah dengan Izin dan
kekuasaan Allah Jin Saka jahat itu terdiam , layu dan tewas.
Akhirnya setuju untuk keluar melalui kaki yang terketar-ketar.

Ujian Allah itu kadangkala melibatkan diri sendiri,keluarga,rakan sekerja dan sesiapa sahaja yang berhampiran dengan kita. Ketika itu semua orang akan simpati dan berusaha membantu atas rasa tanggungjawab kemanusiaan ,malah dalam Islam suatu tuntuta.n yang diijanjikan ganjaran besar di sisi Alllah s.w.t. Rasullullah s.aw. bersabda:
“Barangsiapa memberikan pertolongan (memenuhi hajat saudaranya) maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan dan hajatnya. Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan(kelapangan) bagi kesusahan saudara Muslim,nescaya Allah melapangkan kesusahannya di hari kiamat”.( Maksud Hadis Riwayat Bukhari).
Prinsip di atas wajar diamalkan sebagai suatu tanggungjawab bersama. Justeru dalam organisasi pengurusan sudah muncul disiplin ilmu Kajian Kes seperti yang diperkenalkan oleh organisasi dan institut latihan pengurusan ternama. Tujuannya tidak lain untuk memastikan apa juga kes yang berlaku perlu ditangani bersama secara bijak dan profesional demi memantapkan organisasi agar semua perancangan dan program berjalan lancar tanpa gangguan. Persoalannya apakah dasar dan kaedah penyelesaian itu tepat dengan tidak melupai Allah sebagai penentu segala-galanya atau kita masih tercari-cari kaedahnya dengan terus menerus mencuba teori-teori barat yang masih kabur jalan penyelesaiannya?

Peristiwa seperti di atas mungkin berlaku di kebanyakan sekolah. Kes 1 hingga Kes 4 di atas jika direnung dan difikirkan tentu luar biasa. Masakan tidak, pelajar berubah watak menangis seperti kanak-kanak kecil atau tiba-tiba sahaja pepundi kencing terasa sakit sebaik memasuki kawasan sekolah.Itulah angkara kejahatan makhluk halus bernama Jin atau Syaitan untuk merosakkan manusia dengan berbagai cara dan tipu daya. Dalam Kes 2, pelajar itu bernasib baik kerana ibunya cuba mendapatkan Rawatan Islam . Ternyata ada makhluk halus dalam badan anaknya. Setelah melalui dua kali rawatan susulan,alhamdulillah kini pelajar itu sembuh ( dengan izin Allah) dan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa. Sebagai manusia yang diberikan ilmu dan akal mungkin kita terfikir adakah gejala keruntuhan moral dalam kalangan pelajar mahu pun guru masa kini berpunca daripada gangguan makhluk halus ? Jika benar apa yang kita harus lakukan ?
Kepada sahabat-sahabat perawat dan rakan-rakan guru atau sesiapa sahaja yang berminat,anda dijemput memberikan apa jua komentar berkaitan kes dan persoalan di atas ! …wallahu aklam .

Selasa, 12 Oktober 2010

JIN SERANG SETIAP JUMAAT

Baru baru ini seorang pesakit datang untuk rawatan kali kedua. Sejak rawatan kali pertama ibunya berkata masalah anaknya telah pulih agak lama. Tetapi sejak akhir-akhir ini gangguannya berulang. Pesakit akan terkial-kial anggota tangan seolah-olah ingin mencengkam sesuatu dan sekali sekala tangannya terangkat seperti ular ingin mematuk. Apa yang mengecewakan keluarga dan pesakit ialah masalah itu berlaku sebaik pesakit berkira-kira untuk ke masjid setiap Jumaat.Pesakit berkata keadaan ini terjadi secara sedar tetapi pergerakan anggota itu tidak dapat dikawal sama sekali.
Rawatan kali ini pesakit diminta berikrar memutuskan hubungan dengan sebarang jenis Jin,bersyahadah serta beristighfar.Selepas rukyah anggota tangan pesakit semakin agresif dan matanya merenung saya dengan tajam sekali. Rukyah diteruskan dengan ayat-ayat penunduk dan azab.Senapang (rotan)terpaksa digunakan sambil dicucuk keperut pesakit .Akhirnya makhluk jahat itu muncul. Dia mendakwa Jin Saka kafir berusia 200 tahun.Tak tahan dengan ayat pemanas Jin itu akhirnya setuju diIslamkan dan diarah bersedia untuk keluar melalui kaki kanan.
Tiba-tiba kaki kiri pula bergetaran. Rupanya ada lagi makhluk yang sama tetapi Jin sihir dengan jumlah yang ramai.Namun dengan izin Allah mereka juga setuju bersyahadah dan bertaubat lalu bergerak ke kaki kiri.Alhamdulillah kedua-dua jenis Jin tersebut akhirnya dimudahkan Allah untuk dikeluarkan secara berasingan.Selepas sesi rawatan pesakit kembali ceria tanpa apa-apa getaran lagi.Malah dapat pula berbual sambil minum seperti biasa sahaja.
Semoga kesihatannya dikekalkan oleh Allah. Nasihat saya pesakit gangguan yang serius seperti itu perlu kepada rawatan susulan.Jika sihat pula jangan sekali-kali alpa atau meninggalkan nasihat dan amalan-amalan zikir yang dibekalkan.Amalkan cara hidup Islam sebenar secara berterusan bukan sahaja ketika kita ditimpa musibah bahkan hendaklah beristiqamah kerana Allah sepanjang hayat.InsyaAllah ,mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita dalam keredaan dan pemeliharannya.

Isnin, 27 September 2010

MERAWAT GANGGUAN JIN SAKA

Seorang kenalan lelaki datang ke rumah dan memohon untuk saya membantu merawat ibu mertuanya yang berusia sekitar tujuh puluhan. Katanya dia mengalami kesakitan bahagian saraf pinggang hingga ke kaki sejak 5 tahun lalu.Apa yang mengecewakan rawatan di Kinik Pakar berdekatan tidak mendatangkan sebarang hasil. Malah kesakitan semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Katanya seorang perawat (Muallij) yang pernah mereka temui mengatakan ibu mertuanya ada gangguan makhluk halus. Rawatan susulan terhenti memandangkan perawat itu jauh di Pantai Timur.Pada pertemuan pertama itu saya katakan InsyaAllah semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Oleh sebab pesakit tidak hadir maka dirukyah ringkas pada sebotol air yang dibawa oleh kenalan itu untuk disapu dan diminum sendiri oleh pesakit di rumah.

Beberapa hari selepas itu lelaki tesebut membawa ibu mertuanya untuk rawatan susulan setelah katanya sejak menggunakan air rawatan dahulu kesakitan agak
berkurangan.Hadir bersama ialah isterinya sendiri.Scan secara rukyah yang dilakukan ternyata ada gegaran kuat di bahagian kaki yang sakit itu.Malah makhluk pengganggu tersebut telah menggoncang anggota lain dan hampir kerasukan.Memandang usia lanjut pesakit dan keuzuran yang dialami maka dialog anggota kaki sahaja yang digunakan.Hasil dialog tanpa suara itu ternyata makhluk itu ialah Jin Saka keturunan. Ayat-ayat pemanas dan pelemah yang dibaca akhirnya mampu menundukkan Jin tersebut untuk keluar dengan izin Allah. Selesai sahaja rawatan si pesakit mengatakan dia agak selesa dan mampu bangun dan berjalan sendiri tidak seperti ketika sampai tadi yang dipapah oleh si anak dan menantunya.Dalam perbualan selepas itu anak perempuannya mengatakan jantungnya bergetar ketika ibunya dirawat dan memohon izin untuk dirawat bersama pada hari yang lain.

Seminggu selepas itu ketiga-tiga mereka datang semula seperti yang dijanjikan.
Ibu mertuanya mengatakan masalah kesakitannya telah tiada .Scan yang dibuat ternytaa tiada tanda-tanda kehadiran makhluk itu lagi.Tiba giliran si anak perempuan setelah dibacakan ayat-ayat pengesan, pemanas dan pelemah tiba-tiba terus kerasukan. Dalam keadaan kedua-dua bahu yang bergoyang dan bergetaran dialog pun bermula.

S: "Kamu JIN saka ?"
JIN: Angguk kepala.
S: "Kamu JIN sihir ? "
JIN: Juga dia anggukkan kepala .
S: "Jika kamu tidak bercakap benar dengan izin Allah ayat-ayat yang telah
dibaca dan akan terus dibaca mampu memanaskan kamu sejuta kali ganda! Apa
kamu ni Jin saka dan pada masa yang sama adalah Jin Sihir ? (Rukyah dibaca)
JIN: Terus mengangguk-angguk kepala berkali-kali.
S :" Benarkah kamu yang mengganggu dan menyakitkan ibunya sejak 5 tahun lalu?"
JIN: Dengan sungguh-sungguh menganggukkan kepala.
S : Kamu Jin saka kafir ?
JIN : Diam
S : Kamu JIN Islam ?
JIN : Mengangguk-angguk kepala.

Setelah didakwah dan dinyatakan pembalasan neraka dan kepedihan azabnya kelihatan pesakit mengalirkan air mata.Ringkas cerita JIN itu setuju dikeluarkan setelah dengan suara yang jelas mengikut perbaharui syahadah serta istighfar dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Semuanya dengan izin Allah dan mudah mudahan Allah kembalikan kesihatan si ibu dan anaknya tadi.Ketika memuhasabah diri mengenang peristiwa di atas ada panduan yang bermakna untuk kita:

- Pesakit perlu bersabar dan tidak berputus asa mencari penawar serta penuh yakin hanya Allah yang memulihkan segala-galanya.Kekuatan,keimanan dan keyakinan kepada Allah memudahkan usaha perawatan secara Islam.

- Jika pesakit ada gangguan Jin sebaiknya ahli keluarga lain yang mempunyai gejala yang serupa hadir bersama ketika proses rawatan Islam dilaksanakan.Jin saka biasanya boleh berpindah kepada ahli keluarga lain untuk menyembunyikan dirinya.

- Benarlah bahawa HARAM hukumnya bersahabat dengan golongan JIN kerana akibat buruknya manusialah yang akan merasainya dengan pelbagai masalah kesihatan yang tak tertanggung malah dengan ketentuan Allah membawa maut.Semoga Allah lindungi kita dan penyerahan dan pergantungan kita hanya pada Allah Azza Wajalla.
-

Selasa, 14 September 2010

DOA MEMOHON ZURIAT

Suasana Syawal masih terasa. Alhamdulillah amalan kita yang saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama sanak saudara,rakan taulan dan sahabat handai.Dalam perbualan rupanya ada antara kita yang diuji dengan belum dikurniakan zuriat walau pun telah lama mendirikan rumahtangga.Walau pun ilmu perubatan moden dengan pelbagai diagnosis dan siri ujian klinikal telah diusahakan namum ada pasangan masih terasa hampa. Itulah ujian Allah. Penentu segala sesuatu. Justeru di samping meneruskan usaha secara perubatan moden adalah amat penting rasanya jangan kita abaikan kekuasaan Allah. Doa kita kepada Allah hendaklah berterusan. Teroka dengan ilmu dan cari doa-doa mustajab serta masa dan saat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammaad s.a.w bahawa ada masa-masa tertentu bila kita berdoa InsyaAllah dimakbulkan. Alangkah beruntungnya sesiapa yang tidak henti-henti berdoa di malam-malam Ramadan yang lalu.Malah ditambah lagi berdoa di dua waktu yang amat makbul doa iaitu ketika hendak berbuka dan waktu bersahur.Lebih nikmat dan yakin doa kita dimakbul jika ditambah dengan Solat Tarawih,Witir ,Tahajjud dan Hajat dengan memanjatkan permohonan yang kita hajati di setiap sujud solat tersebut.
Namun kita sebagai hamba dalam situasi mana sekali pun doa perlu diteruskan . Khas untuk yang menginginkan zuriat bersama ini dicadangkan amalan berikut:

1. Sentiasa mengekalkan suruhan Allah terutama solat 5 waktu.
2. Selalu solat taubat mohon ampun dosa pada Allah yang menjadi penghalang makmul doa
3. Lakukan Solat Hajat dan berdoa mohon zuriat.(rujuklah buku berkaitan di pasaran)
4. Selesai solat hajat amalkan Doa berikut : ( cuba 40 hari berterusan )
1. Baca Al Fatihah 1 atau 3 atau 7 x
2. Baca Solawat Nabi 1 atau 3 atau 7 x
3. Baca Doa Nabi Allah Zakaria (a.s) ketika memohon zuriat: ( 41 kali)
( Rujuk Surah Al Anbiya' : 89 )yang bermaksud:
"Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri
(tiada keturunan ) dan engkau adalah waris yang paling baik ".
# ( Bacalah ayat Al Quran yang sebenar itu sambil hayati maknanya.)

4. Serahlah segala urusan kepada kekuasaan Allah dengan yakin bahawa Allah
akan makbulkan doa kita.
5. Amalkan pergaulan suami isteri mengikut Sunnah Nabi terutama waktu "bersama" agar
dikurniakan zuriat yang salih dan terhindar dari gangguan syaitan.

Allahu Akla Wa Aklam.

TANGISAN RAMADAN

TANGISAN DITINGGALKAN RAMADAN AL MUBARAK 1431 HIJRAH masih terasa. Insan yang sedar sebagai hamba Allah tentu merasai betapa kita semua telah diuji oleh Allah dengan berbagai perkara yang kadang-kadang tidak terlintas difikiran sama sekali.Berjaya atau tidak melalui siri ujian hanya kita sendiri sebenarnya sebagai penilai kendiri berlandaskan syariat Allah. Semoga ujian fizikal,mental,spiritual,rohani dan jasmani yang telah sama-sama dirasai sepanjang Ramadan lalu mendapat barakah,pengampunan,keberkatan dan keredaan Allah. Amatlah tinggi harapan kita agar Allah s.w.t yang maha pemurah lagi amat pengasihani menganugerahi kita ganjaran besar Lailatul Qadar,InsyaAllah.Kepada mereka yang telah dijemput oleh Allah meninggalkan kita dibulan Ramadan yang lalu kita doakan semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang salih lagi terpilih kerana kematian dalam bulan Ramadan adalah antara pilihan doa para salihin terdahulu.Alfatihah - khas untuk bapa mertua Tn Hj. Hamid bin Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada Hari Jumaat 3 Ramadan 1431 jam 4.50 petang yang lalu. -Amin.

Rabu, 30 Jun 2010

HELLO....dah dekat setahun tak tidur !!

Kali ini kita berkongsi maklumat tentang gejala penyakit TIDAK DAPAT TIDUR . Dalam ilmu perubatan moden disebut INSOMNIA. Kebanyakan pengamal perubatan alternatf berpendapat ianya bukanlah penyakit tetapi merupakan gejala penyakit lain yang dihidapi pesakit.Oleh itu jika penyakit sebenar itu dapat dikesan maka ianya memudahkan perawat memberikan dos sebenar dan diamalkan doa-doa yang dianjurkan Nabi s.a.w.

Rupanya dalam keceriaan wajah ramai juga pesakit yang mengadu menghadapi gejala tersebut. Ada yang memaklumkan tidak dapat tidur hampir setahun lamanya. MasyaAllah… bagi yang tidak sebegitu kita harus sentiasa bersyukur malah banyakkan sujud syukur atas nikmat tidur yang Allah kurniakan kepada kita selama ini.Berdasarkan sedikit pengalaman didapati pesakit kembali normal apabila penyakit sebenar dapat dikesan dalam tubuh pesakit. Penyakit itu tiada lain kecuali “gangguan” jin jahat laknatullah ini sahaja. Apabila “makhluk perusak” ini keluar dan pesakit mengamalkan doa-doa yang dibekalkan Alhamdulillah kebanyakannya memaklumkan mereka kembali dapat tidur secara normal dengan izin Allah. Ada pesakit yang bertambah serius kesihatan mereka apabila hanya ‘terpaksa’ ditidurkan dengan pil tidur semata-mata.

Dalam Ilmu Perubatan Islam rupanya antara ‘Pil’ mujarab ialah doa-doa yang diajarkan Nabi s.a.w. Ibn Majah meriwayatkan sebuah hadis dari kumpulan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud:

“Barangsiapa tidak meminta kepada Allah,Allah murka kepadanya”.

Justeru perawat juga apabila diminta bantuan ,tiada lain yang utama melainkan hanya berdoa kepada Allah untuk penyembuhan kepada pesakit.

Ibn Qayyim Al Jauziyyah pakar perubatan Islam ( 597H – 1201 H ) dalam kitabnya (Penyakit dan penawarnya Jilid 1-terjemahan) menyatakan:

“Apabila doa lebih kuat,musibah dapat ditolak”.

Jika gejala di atas melanda kita atau sesiapa sahaja maka marilah kita mengamalkan doa berdasarkan hadis di bawah sebelum tidur :

DOA : 1

عن بريدة قال شكا خالد الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله

ما انام الليل من الأرق فقال النبي صلى الله عليه وسلم: اذا اويت الى فراشك فقل:

اللهم رب السموات السبع وما اظلت ورب الأرضين وما اقلت ورب الشياطين

وما اضلت كن لى جارا من شر خلقك كلهم جميعا ان يفرط علي احد منهم

او يبغي علي عز جارك وجل ثناؤك ولا اله غيرك ( رواه الترميزي)

Dari Buraidah ia berkata: Khalid telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang penyakit yang dideritainya ,ia berkata: Ya Rasulullah,saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana sukar lena. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Jika engkau hendak berbaring di tempat tidurmu maka ucapkanlah: “ Ya Allah pengatur langit yang tujuh beserta segala yang dinaunginya ,pengatur lapisan bumi serta segala yang dikeluarkannya,pengatur syaitan serta segala yang disesatkannya .Jadilah Engkau pelindungku dari segala kejahatan makhlukmu itu semua, agar engkau sia-siakan usaha mereka dan tuntutan mereka terhadapku. Maha perkasa perlindunganmu ,maha besar pujian untukmu dan tiada Tuhan selain Engkau”. ( H.R. Turmudzi)

DOA: 2

Bila anda sukar tidur, mungkin kerana fikiran anda sedang terganggu, bacalah doa ini:

Dari Zaid bin Thabit, beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w.”Wahai Rasulullah penyakit ‘tidak tidur ‘mengenai saya” maka sabda Nabi saw:

اللهم قد غارت النجوم وهدأت العيون وانت حي قيوم لا تأخذه سنة ولا نوم

يا حى يا قيوم اهدئ ليلى وانم عينى

Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

Bercerita Zaid bin Tsabit kemudiannya ‘aku pun membacanya dan Allah azza wajalla menghilangkan penyakit tidak tidur dari saya’.

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Selamat mencuba – Insya Allah. Wallahu Aklam.

Selasa, 22 Jun 2010

RASUK 2 Panassss....

Selepas Zohor seperti yang dijanjikan satu keluarga dari sebuah negeri Pantai Timur tiba untuk dirawat . Semasa mengisi borang profail pesakit En’S’ memaklumkan anak perempuannya pelajar tingkatan 2 mengidap penyakit misteri sejak 10 bulan lalu. Isterinya pun begitu. Katanya anak kesayangan mereka akan pengsan setiap hari apabila ke sekolah. Mereka amat runsing memandangkan anaknya tidak mampu lagi bersekolah sejak sesi 2010 ini. Katanya pernah suatu ketika semasa pengsan semua melihat anaknya terapung dari lantai dengan badan melengkung ke atas.MasyaAllah ……..
‘suspen’ juga dengar….tapi kini dia telah ada di hadapan saya. Teringat sekali lagi pesanan Tuan Guru saya, ‘perawat janganlah menawarkan diri untuk merawat tapi bantulah apabila diminta pertolongan…’.
Saya cadangkan sama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk penyembuhan.Saya bukanlah ‘Bomoh’ atau perawat profesional. En’S’ dan isteri kelihatan mengangguk,tenang dan pasrah. Saya mulakan rukyah ringkas pada air yang dibawa. Anaknya kelihatan merebahkan kepala ke riba si ibu dan terus tidur…..seperti kanak-kanak kecil sambil tangan menutup telinganya.Puas juga si ibu memujuk supaya bangun untuk dilakukan langkah rawatan seterusnya.
Ternyata gangguan amat positif. Pelbagai teknik yang dicuba agak tumpul. Memang tegar sekali makhluk itu. Pesakit sudah melentukkan kepala sambil si ayah membantu membetulkan badannya. Pergerakan ketulan angin jelas berombak-ombak bila dibacakan rukyah.Masa sudah berlalu hampir satu jam. Akhirnya diakhiri rawatan dengan teknik tarikan ‘secara borong’. Pesakit meronta-ronta - menyukarkan usaha saya.Alhamdulillah rawatan dapat ditamatkan . Bila sedar, si pesakit berkata sebentar tadi dia sempat bermimpi melihat makluk Jin bermata satu …….( ketika ini si ibu kelihatan resah dan sesekali kedengaran suara garau…).
Sekarang Si Ibunya pula mengambil tempat untuk minta dirawat. Rupanya peristiwa yang baru berlalu semalam ( RASUK PART 1 ) berulang lagi petang ini. Sedang khusyuk membaca rukyah suara garau dengan nada seram mula bergetaran dari mulut Si Ibu.

S : Wahai bangsa Jin yang ada dalam badan Pn “Z” ! keluar semua !
Siapa kamu ?
Jin : Hreemmrmmm……panassss
S : Jika kamu enggan beri kerjasama nanti dibacakan ayat-ayat Allah.
Insya Allah kamu akan dipanaskan lagi berjuta kali ganda !!!
Jin : Tak tahu…aku tidak tahu ( sambil gelengkan kepala)
S : Cakap betul-betul ( sambil dihunuskan hujung rotan di perut).
Dari mana kamu ? Siapa lagi dalam badan ni ?
( Ayat pemukul dibaca dan ditiupkan ke perut pesakit)
Jin : ( Badan pesakit bergetar kuat) Aku dari Pahang ! Dalam badan
aku saja yang ada !!
S : Kamu ni agama apa ? Mengapa mengganggu ? Ingat mengganggu
manusia adalah suatu kesalahan dan balasannya nanti neraka !!

Jin : Tak ada agama. Aku disuruh oleh #@Jin : Tak ada agama. Aku disuruh oleh #@$& untuk ambik suami dia ni...
amp; untuk ambik suami dia ni...
bagi dia sakit supaya senang .Laki dia selalu makan kat kedai tu..
( Si Suami tenang sahaja mendengar fitnah Jin itu )
S : Perbuatan kamu ni jahat… banyak ke jin-jin jahat di sana ?
Jin : Jin semuanya jahat mana ada baik…kat rumah dia ni memang
banyak Jin. ( semua yang ada ketawa..)
S : Ok.. anak dia tadi ada berapa ekor Jin...?
Jin ; Ada 4 ekor… dah keluar dah kot…
S : Baik…perbuatan kamu dimurkai Allah…kamu suka dikeluarkan?
Jin : ( geleng kepala) .
Jin terus kepanasan bila dibacakan ayat rukyah pemanas.
S : Itu baru panas dunia…ingat jika tidak kamu akan dimusnahkan
Allah . Lebih baik keluar. Kenapa tegar sangat? Jin apa ni?
Jin : Aku Jin Pelesit. ( badan terketar kuat…kepanasan…)
S : Nak keluar ?
Jin : Mengangguk…setuju
S : Baiklah ..sebelum keluar aku tawarkan kamu Islam.InsyaAllah bila
keluar nanti bertaubatlah,janji tidak jahat lagi, tidak kembali ke
badan Pn ‘Z’ lagi, InsyaAllah dosa kamu terampun…setuju ?
Jin : Nanti nak fakir kejap, ( diam seketika) setuju ( sambil angguk)
S : Kami tidak paksa kamu. Tapi masuklah Islam dengan ikhlas.
Insya Allah kami bantu dengan doa agar Allah mudahkan kamu
untuk keluar . Nanti aku namakan kamu selepas syahadah.
Kamu lelaki ke perempuan ?
Jin : Errrmmm…Jin Pelesit tu pompuan la…hantu raya tu ..jantan..
Tok Bomoh pun tak tau…( hadirin ketawa Jin telah kenakan saya..)
Cepatlah…. Aku panas niiii…

Alhamdulillah , setelah lafaz syahadah Jin itu dengan nama barunya Siti Fatimah setuju dihantar ke SM. Pn “Z” sedar secara tiba-tiba dan semua yang ada ketawa lega…Saya ingatkan diri dan semua yang mengikuti peristiwa tadi bahawa:

Golongan Jin seperti yang dijelaskan Al Quran adalah makhluk yang diletakkan tanggungjawab kepada Allah ( Surah Adzariyat:56).Seperi juga manusia golongan Jin ada yang beriman,kafir,fasik dan munafik.Jin yang menceroboh ke badan manusia adalah jenis yang jahat .Justeru dialog Jin jenis ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana sifat mereka memang suka mencetuskan syak wasangka dan fitnah pada manusia.Sepertimana juga manusia Islam tetapi fasik tidak terpakai hujah dan penyaksian mereka .
Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak ditimpa sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Surah Al-Hujarat: 6)
Adapun dialog yang pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w.dan para sahabat seperti diriwayatkan secara sahih diguna pakai kata-kata golongan Jin ini tetapi ianya berlaku secara langsung di luar tubuh manusia lantaran takutnya golongan ini terhadap Rasululullah dan kehebatan iman para sahabat. Sebaliknya Rasulullah ( s.aw.) sendiri membahasakan Jin yang dirawat ketika merasuk badan seorang kanak-kanak dengan pukulan dan bersabda: “ Keluarlah wahai musuh Allah” . Oleh itu ‘musuh Allah’yang berdialog seperti dalam kes rawatan hari ini tidak layak diguna pakai kata-katanya.Malah perawat,pesakit, keluarga dan pembaca sekelian harus memahami situasi ini berlandaskan syariat dan bukan yang lainnya..
Perbualan dengan Jin hanya sekadar dialog diplomasi agar makhluk itu dapat ditunduk dan diinsafkan,kembali kepada Islam atau keluar dari tubuh pesakit untuk mengelak kesengsaraan yang berterusan dengan izin Allah.
Malangnya masih kedapatan manusia yang bersyahadatain tetapi berani menggunakan khidmat Jin semata-mata atas kepentingan nafsu duniawi sedangkan Allah s.w.t telah berfirman:

“Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan menyatakan kepada Allah apa yang tidak kamu ketahui” - ( Al-Baqarah : 168-169)

Jumaat, 18 Jun 2010

RASUK ( PART 1 )

Peristiwa dan pengalaman ini harus dilihat sebagai sebahagian ilmu dan pengajaran untuk perawat dan diri pesakit itu sendiri. Kata-kata Guru saya iaitu “ Perawat selalunya diuji” memang benar.
Seorang waris menghubungi saya minta dirawat anaknya yang berkeadaan luar biasa sehari dua lalu. Keadaan itu mengganggu tugas anaknya di pejabat sebuah sekolah sehingga merimaskan rakan dan majikannya. Atas kesungguhan waris itu saya menerima permintaannya lebih-lebih lagi sebagai salah seorang AJK PIBG, saya juga turut simpati dengan apa yang berlaku.
Selepas Solat Isyak waris itu datang membawa pesakit serta seorang adiknya. Semasa berbual rupanya si adik juga telah terpaksa berhenti kerja akibat gangguan mental dan sekarang bertahan dengan ubat penenang dari hospital. Si ‘abang’ yang hendak dirawat kelihatan bereaksi ganjil,tangannya terkial-kial dengan gerakan jari seperti mencakar-cakar. Si ‘abang’ mula dirawat .Gangguannya positif tetapi terus mendiamkan diri semasa dirukyah. Saya akhiri rawatannya dengan teknik ‘serban’.Alhamdulillah, dia bangun dan dapat duduk secara sedar tanpa mencakar-cakar lagi.Saya memang perasan ketika membaca rukyah tadi ‘Si Adik’ kelihatan rimas sekali walaupun kehadirannya hanya sebagai teman dan pemerhati.
Sebaik selesai rawatan saya sengaja cuba mempelawa’Si Adik’ untuk ‘discan’. Dia mengelak. Akhirnya atas desakan Si Ayah dia menerima.Saya mulakan dengan membaca Al Fatihah secara jahar dan menyerahkan segala urusan kepada Allah s.wt. Selesai Al Fatihah ‘Si Adik” terus kerasukan, kedengaran bahasa Siam merungut-rungut. Dialog pun bermula.

SAYA : Siapa kau ?
JIN : Saya…..Raden ! ( dialek Indon)
S : Cakap betul ! Jika bohong nanti saya bacakan ayat-ayat Allah dan
dengan izin Allah musnah kamu ! Apa agama kamu?( Ayat rukyah
ringkas dibacakan )
JIN : Waduuuh panas ya…ok,ok, saya tiada agama !
S : Kamu atheis ?
JIN : Ya
S : Cakap betul siapa lagi dalam badan pemuda ini bersama kamu!
Kamu nampak senapang ni? Aku tembak nanti ! ( Sambil
menghalakan hujung rotan di perut pesaki). Sapa kau sebenarnya.
JIN : Ok..ok aku Halim
S : Pembohong ! Halim mana pulak ?
JIN : Halim Osman. ( Semua yang ada ketawa sebab Jin mula temberang
Menyebut pengacara Radio Era.)
S : Cakap betul ! Ada berapa semua?( Mula tinggi suara.Rukyah
‘ Pemukul’ dibaca pada rotan,jin kepanasan)
JIN : Ada 3 ekor semua, satu Jin dari Sintok,kedua Jin Indon dari N.
Sembilan ,ketiga Jin dari Pekan Rabu.
S : Panggil Jin Sintok( Ketua)! Sebab apa ganggu pemuda ni?
JIN SINTOK: Masuk sebab dia ni pi berubat pada bomoh sana. Aku pun
Masuk. (Dialek Siam, mungkin Bomoh itu guna khidmat Jin )
S : Kamu agama apa?
JIN SINTOK: Islam.
S : Ok Panggil Jin Indon mai… Raden…sebab apa masuk ?
JIN INDON: Ya saya Raden. Saya disuruh oleh @#& di kajang.Dia mau ilmu
Pengasih. dan saya pun masuk.
S : Baik… panggil Jin Pekan Rabu pulak….sebab apa masuk sama ?
JIN PEKAN RABU : Ya saya ( dialek Kedah) masuk sebab dia ni pernah
maki aku masa dia kerja di situ !

S : Hang salah sangka,manalah pemuda ni nampak hang ! Berapa
umur dan agama apa?
JIN PEKAN RABU: Umur 60, Islam.

S : Wahai JIN yang ada, aku minta kamu keluar segera .Jika kamu
Islam perbuatan ini suatu dosa yang balasannya adalah neraka.
Lebih baik kamu bertaubat dan Insya Allah kamu diampunkan.
Syaratnya kamu keluar dan kami akan doakan agar kamu diberikan
kemudahan untuk keluar nanti. Insya Allah…..
Setuju kami doakan agar kamu dihantar ke Serambi Madinah ?

Begitulah sebahagian dialog penting yang dipaparkan untuk berkongsi pengalaman dan teknik rawatan .Komen dan pandangan rakan perawat saya alu-alukan untuk kebaikan bersama.
Ringkas cerita, kedua-dua Jin Islam setuju keluar ke SM. Manakala Jin Indon berdegil. Dialog yang meletihkan terpaksa dibuat.Setelah ditunjukkan gambaran Madinah ,Jin kelihatan tersentak kehairanan akhirnya dia setuju masuk Islam . Saya ajarkan syahadah dan menamakan dia Muhammad Abdul Wahab. Alhamdulillah ketiga –tiganya dimudahkan Allah keluar dari tubuh ‘Si adik’ tadi ,semoga mereka benar insaf ,bertaubat ,janji tidak kembali mengganggu dan mungkin kini mereka benar-benar berada di SM. Semoga kedua-dua pesakit juga disembuhkan oleh Allah. Insya Allah.
Paparan dialog sekadar untuk renungan dan muhasabah.. Perawat tiada apa-apa kelebihan dan kepentingan.Allah yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai Insan Muslim sewajarnyalah berhati-hati dalam apa jua tindakan . Kemungkinan musibah yang menimpa berpunca dari kesilapan kita yang melakukan sesuatu tidak berlandaskan syariat.Akhirnya Jin dan Syaitan mengambil kesempatan untuk memainkan peranannya sehingga menjejaskan pegangan ,rohani ,fizikal dan mental kita. Rasukan makhluk halus(Jin dan Syaitan) ke atas manusia juga memang benar boleh berlaku dan diakui oleh kebanyakan Ulama’. Bukankah Allah telah berfirman:

“ Orang-orang yang memakan Riba’,tidak dapat berdiri,kecuali seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk oleh Syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila” - ( Surah Al Baqarah:275)


……..RASUK…( PART 2) bakal menyusul Insya Allah.

Selasa, 15 Jun 2010

ANGIN MEMULAS ANGKARA JIN

Sabda Rasul (SAW):

Maksudnya: “ Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah.Sesungguhnya aku bimbang ia melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua.”
( Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Hadis yang pernah dipaparkan di atas mungkin ada kaitannya dengan peristiwa dan kisah di bawah.

KISAH EN. “K”
Suatu pagi seorang rakan sekerja hadir bertugas seperti biasa. Tetapi kehadirannya dengan penampilan yang sungguh tidak ceria. Katanya ( En. K) sejak dalam perjalanan tadi dia terpaksa berhenti kerana memberi laluan kepada perutnya yang meragam tiba-tiba. Sampai di pejabat kelihatan En. K mundar mandir sambil mengisyaratkan angin perutnya yang semakin mengganas. Bau minyak angin menawan semua sudut pejabat,Masya Allah…En. K akhirnya hampir tewas dan minta berehat di bilik sebelah.
Setengah jam kemudian En. K kelihatan duduk di atas kerusi dalam sebuah bilik seorang diri . Sambil bertanya khabar kelihatan En. K rupanya sedang mengumpulkan segala kekuatan mindanya melawan kesakitan perutnya. Katanya ketulan angin dalam perut semakin memulas dan bergerak hingga ke bahagian belakangnya. Semata-mata atas simpati saya minta dia bersama saya berdoa kepada Allah agar disembuhkan jika sakit sebenar dan memohon Allah hindarkan jika itu hanya gangguan Jin. Alhamdulillah selepas dirukyah pendek dengan setengah botol air mineral yang kemudiannya diminum kata En K “ dah lega dah”
Itulah perangai Jin yang dimurkai Allah ,mengganggu manusia tanpa batas dan sebab semata-mata menggagalkan ibadah dan tugasan kita.Tetapi jika kita kembali kepada Allah menunaikan segala tuntutannya insya Allah kita dibantu Allah ketika di dalam kesusahan. Kita sebagai insan tiada kehebatan sedikit pun hanya Allah maha penyembuh.

Ahad, 23 Mei 2010

PUCUK DICITA ........???...... MENDATANG

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG.

Sejak dipaparkan Doa Selusuh atas pertanyaan rakan dan sahabat untuk diamalkan sendiri , ada permintaan pula untuk saya membantu mendoakan untuk mereka atas tujuan yang sama . Siapalah saya ini, hanya insan biasa seperti juga orang lain. Tulisan dan paparan saya selama ini pun hanyalah sekadar perkongsian ilmu dan mohon diperbetulkan jika ada kesilapan dan kelemahan. Hasrat yang ada hanya tumpang menempelkan diri untuk turut serta dalam blog kerana ianya telah menjadi medium alternatif terkini dalam dunia dakwah.Semoga kita mendapat barokahnya seperti juga berada dalam majlis ilmu Insya Allah.

Malam itu saya tidak mampu menolak apabila sepasang suami isteri memohon hadir untuk dibuatkan air selusuh. Isterinya dijangka melahirkan cahaya mata kedua dalam masa terdekat. Setelah selesai ,suaminya mohon untuk discan dirinya hanya sekadar pemeriksaan biasa sahaja . Alhamdulillah setakat pengetahuan yang Allah beri hasil rukyah yang dibacakan tiada apa-apa tanda ‘kehadiran’ makhluk asing.

Dalam suasana perbualan yang santai berkaitan soal kehidupan dan profesion kerja yang kebetulan sama dengan saya, tiba-tiba si suami meminta isterinya untuk discan bersama kebetulan masa yang masih awal sebelum pulang. Saya menerimanya dan proses rukyah untuk scan pun dimulakan. Suasana santai tadi tiba-tiba bertukar apabila dada dan pernafasan si isteri kelihatan semakin berombak. Rasa simpati dan bimbang yang amat sangat terasa dalam hati apabila melihatkan keadaan si isterinya yang sedang sarat.

Seluruh jari jemari ,kaki dan tangan terus bergegaran . Saya memohon agar Allah memudahkan urusan rawatan dan bayi dalam kandungan tidak terjejas. Alhamdulillah hasil monolog serta reaksi yang ditunjukkan ‘makhluk ‘ itu setuju keluar dengan izin Allah. Semua itu dengan izin Allah ,kita hanya merancang dan berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segala-galanya. Semoga Allah selamatkan suami isteri itu dan cahaya mata yang bakal dikurniakan kelak tanpa apa-apa gangguan,InsyaAllah.

Benarlah Sabda Rasul (s.a.w):

ان الشيطان يجري من الانسان مجرى الد م واني خشيت

أن يقذف في قلوبكما شرا (أو قال) شيئا .

Maksudnya: “ Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah.Sesungguhnya aku bimbang ia melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua.”

( Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Khamis, 13 Mei 2010

HINDARI KEJAHATAN DENGAN KUKU


Islam yang syumul dan indah ini apabila diamalkan menepati Al Qura'an dan Sunnah memberikan kelebihan besar kepada kita. Allah akan melimpahkan pahala yang tak ternilai di akhirat .Malah di dunia ini pun akan dikurniakan kelebihan jika diamalkan dengan niat beribadah walau sekecil manapun amalan itu. Syaratnya kita memahami dengan ilmu bahawa sesuatu amalan itu sama ada syariat atau adat. Justeru memotong kuku pun sebenarnya suatu ibadah yang disyariatkan. Renungi Hadis berikut dan mari kita amalkan bersama:

عن عائشه قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قلم أظفاره يوم الجمعة وقي من السوء الى مثلها
Maksud: Daripada Aisyah katanya,Rasululllah (s.a.w.) bersabda: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat nescaya dipelihara ia daripada kejahatan sampailah kepada hari Jumaat berikutnya."( Riwayat Al Tabrani dalam Al-Awsath)
Subhanallah,tidakkah kejahatan itu kebanyakannya datang dari manusia dan syaitan?Tidakkah kuku yang tidak terurus itu antara tempat kesukaan dan boleh menjadi pintu masuk syaitan ? Fikirkan ! Dalam sebuah hadis lain Sabda Rasul (s.a.w) bermaksud:
"Barangsiapa berkehendak diamankan dia daripada papa dan mengadu hal daripada sakit mata dan kena sopak dan gila hendaklah dikerat kuku dengan menyelangi jarinya iaitu tangan kanan atas tertib huruf خوابس".
Maksudnya dimulakan memotong kuku bermula jari kelingking tangan kanan kemudiannya diikuti berselang seperti gambar di atas. Manakala kuku kaki pula (gambar di bawah)dipotong mulai jari kelingking kaki kanan berurutan hingga jari kelingking kaki kiri. Itulah amalan seperti diterangkan Al Imam Ahmad menjelaskan maksud hadis tersebut. Wallahua'lam.





Selasa, 11 Mei 2010

ADAKAH ANDA JUGA DIGANGGU ?

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Jika dikaji dan diteliti kupasan,pandangan dan huraian para sarjana dan ulama’tersohor dapat dirumuskan kebanyakannya mempunyai pandangan yang hampir sama berkaitan punca manusia diganggu makhluk halus. Manakala para ulama mutaakhirin serta para muallij
( Perawat Islam ) memberikan contoh dan faktor gangguan berdasarkan perubahan gaya hidup moden manusia dan ditambah pula hasil pengalaman mereka membantu dan merawat pesakit akibat makhluk halus. Bersama ini diperturunkan pandangan mereka .

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
• Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
• Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
• Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
• Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja
atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
• Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
• Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
• Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,
mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
• Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
• Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
• Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin
terpikat dan jatuh cinta.
• Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
• Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan
seseorang yang hasad dengki.
• Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
• Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
• Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat
yang berkait dengan jin sehingga memakan diri/sanggup terima Jin Saka

TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
• Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
• Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
• Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta
pertolongan tetapi tidak berdaya.
• Mimpi buruk yang menakutkan.
• Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular,
serigala, singa, tikus dan sebagainya.
• Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
• Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur.
• Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
• Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
• Mimpi melihat makhluk halus.
• Mimpi melihat salib atau gereja.
• Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
• Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi
menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
• Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh
dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
• Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
• Hilang ingatan (Gila).
• Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
• Lesu dan malas.
• Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
• Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
• Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
• Lenguh sendi-sendi.
• Melihat sesuatu yang pelik.
• Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
• Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
• Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
• Jiwa lemah dan mudah mengalah.
• Selalu mengantuk.
• Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
• Mudah marah dan panas baran/agresif/bertindak liar/hilang darah

DOA SELUSUH

DOA SELUSUH.

Terima kasih atas minat anda dengan laman ini. Sebagai memenuhi pertanyaan rakan-rakan dan peminat blog rawatan Islam berkaitan persediaan melahirkan zuriat yang solih dan solihah bersama ini dipaparkan doa-doa berkenaan yang lebih dikenali Doa Selusuh dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan kajian dan amalan alim ulama' terdahulu. Semoga bermanfaat untuk semua.

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa

- Doa 1 ( Selusuh)

- DOA 2 (Permudah )

3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

TERJEMAHAN DOA :

Doa 1 :

DOA SELUSUH....terjemahannya
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN

KEPADANYA SURAH MARYAM,
RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN,
DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.
 
Doa 2 :
 
 DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH

YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH,
SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN “.


NIAT---- DOA ---- TINDAKAN ---- TAWAKKAL.






Rabu, 28 April 2010

GAMBAR MASJID JIN

KISAH JIN ISLAM

Islam bukan sahaja untuk manusia malah golongan Jin juga adalah makhluk yang terkena syariat yang mulia ini.Kedua-dua golongan iaitu manusia dan Jin perlu mematuhi syariat Islam ini sepenuhnya semasa di dunia ini dan akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Allah berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada aku" Surah Adz-Dzaariyaat: 56.
Seperti juga manusia golongan jin juga ada yang beriman malah ada yang solih lagi alim. Sebaliknya ada juga di kalangan mereka yang derhaka,kafir lagi jahat dan amat tidak senang dengan manusia yang beriman dengan Islam. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk sentiasa nasihat menasihati sesama Insan muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan syariat Islam . Malah jika manusia yang berkemampuan golongan jin juga perlu didakwahkan agar tidak menyakiti manusia dan yang kafir pula boleh ditawarkan Islam kepada mereka.
Isu berdakwah kepada golongan jin bukanlah perkara anih. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri seperti yang diriwayatkan oleh Al-Fakihi bahawa baginda pernah dicabar oleh golongan Jin membuktikan kenabian baginda dan kebenaran syariat Islam. Ketika itu baginda berada di sebuah masjid di Mekah .Maka Rasulullah s.a.w. membuktikannya dengan mukjizat Allah baginda mengarahkan sepohon pokok di seberang jalan bergerak dan golongan jin tergamam melihat pokok yang diarahkan nabi itu tercabut akarnya dan bergerak mematuhi panggilan nabi hingga hadir di hadapannya .Kemudian apabila diarahkan kembali maka pokok itu pun bergerak ke tempat asalnya. Diriwayatkan peristiwa itu menyebabkan segolongan jin tadi telah memeluk Islam dan membai'ah Nabi s.a.w. Tempat pokok itu kini dikenali Masjid Syajarah dan tempat nabi bertemu golongan jin tersebut dinamakan Masjid Al Jin yang boleh dilihat hingga kini.

Selasa, 20 April 2010

TEKA IMEJ BERCAHAYA

.....bergaun putih ! apa tu ?

KURSUS INTENSIF RAWATAN ISLAM

....Syukron TG Us.Dr.Abd.Majid Hassan serta rakan-rakan dari Semenanjung dan Singapore.

Rabu, 14 April 2010

PUNCA GANGGUAN

PUNCA TERKENA GANGGUAN JIN

1. Antara penyebabnya ialah kerana TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH seperti yang disebut dalam Al Quran Surah Az-Zukhruf : 36 bermaksud:

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah ( dalam AlQuran) ,kami akan adakan baginya Syaitan ( yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya”.

2. Perintah Allah yang paling utama ialah menunaikan Solat Lima waktu. Tidak menunaikannya atau tidak menjadikan solat sebagai ibadat utama dalam hidup adalah termasuk tidak taat perintah Allah .Malah sengaja meninggalkan solat seperti membuka pintu untuk dimasuki Jin atau Syaitan yang boleh merosakkan kehidupan manusia itu sendiri.

AKIBAT MENINGGALKAN SEMBAHYANG

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

  1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
  6. Jin dan Syaitan adalah temannya.

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

  1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. Kuburnya akan digelapkan.
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.Ular berbisa Syujaul Akraq menyiksanya mengikut kadar solat yang ditinggalkan.

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

( rujukan: Kitab وشاح لأفراح Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al Fathani )

Isnin, 12 April 2010

AWAS SERANGAN JIN !!!

Suatu malam panggilan telefon diterima dari Warden asrama meminta saya hadir segera kerana anak saya dikatakan sakit secara tiba-tiba. Ibunya amatlah risau kerana peperiksaan SPM 2009 semakin hampir. Selepas menjemputnya terus sahaja ke klinik dan bawa pulang ke rumah. Namun keadaannya tiada perubahan. Apabila dilakukan "scan" ternyata ada gangguan "penghuni asrama".Selepas beberapa sesi rawatan sendiri dan bantuan rakan "scanner" lain dia beransur pulih dan dapat menduduki SPM dengan baik. Alhamdulillah . Pengalaman ini mengingatkan kembali ketika bertugas di sebuah sekolah berasrama dahulu gangguan Jin terhadap pelajar sentiasa berulang kali sehingga kadangkala mengganggu tugas utama kita kerana terpaksa memulihkan pelajar yang kerasukan ini . Terfikir juga apakah masalah disiplin pelajar hari ini ada kaitannya dengan gangguan makhluk tersebut ?
Selepas peristiwa itu anak sulung saya yang baru pulang bercuti hujung minggu dari IPT berhampiran pula mengadu dirinya tidak selesa. Ketika memandu pulang dia hampir terbabas lantaran kosentrasinya "terputus tiba-tiba".Apabila "diperiksa" rupanya ada isyarat kehadiran makhluk pengganggu tersebut. Hasil dialog diplomasi mereka mengaku 8 jin Islam (jika benar) dan setuju dikeluarkan . Rupanya di lebuhraya juga ada "mat rempit jin" sama seperti anak-anak muda kita yang merempit dan menganggu pengguna awam di jalanraya.Terfikir adakah golongan ini juga menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan ? Saya berpesan kepada diri dan anak-anak marilah kita sentiasa mengingati Allah di mana sahaja kita berada dengan mengamalkan doa-doa dan zikir sebelum dan semasa melakukan apa jua termasuk ketika memandu kenderaan .InsyaAllah kita diselamatkan dari sebarang musibah.
Serangan Iblis dan kuncu-kuncunya terhadap manusia sentiasa berterusan dengan pelbagai taktik jahatnya. Sifat sombong dan bongkak makhluk ini tidak pernah padam lantaran Allah mengisytiharkan manusia sebagai sebaik-baik kejadian . Sesiapa yang tidak beriman dan bertakwa yang sebenar berisiko tinggi menjadi mangsanya.

Allah s.w.t. berfirman:
"Iblis berkata:Beri tangguhlah kepada aku sampai hari kiamat.Allah berfirman :sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh. Iblis berkata: Oleh kerana engkau menghukum aku tersesat,aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka,dari kanan dan dari kiri mereka dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur ( taat)"
(al.A'raf: 14-17)
Oleh itu beringatlah hanya dengan mentaati Allah dan mengingatinya sentiasa ,kita akan dipelihara oleh Allah dan terhindar dari sebarang bentuk gangguan yang tidak diingini.


Ahad, 11 April 2010

PENGALAMAN GANGGUAN JIN

Sesungguhnya hidup kita tidak sunyi dari ujian dan dugaan. Susah ,senang,sakit dan derita yang dialami adalah penuh hikmah dan ilmu yang bermakna. Keluarga penulis sendiri pernah dirasuk makhluk halus ketika dalam pantang sehingga bayinya hampir dibelasahnya. Adik ipar pula pada suatu ketika diresapi Jin hampir 3 bulan lamanya. Anggotanya kaku sama sekali sehingga makan minum perlu disuapkan ketika di rumah tetapi disahkan sihat bila berjumpa doktor di klinik.Situasi sebegini bukan sahaja menakutkan malah kesengsaraan pesakit turut dirasai ahli keluarga yang terdekat dan memberikan kesan psikologi yang memeningkan semua. Alhamdulillah berkat kesabaran semua, seorang perawat yang ada pertalian keluarga , berbekalkan Ayat-ayat Allah dan Rukyah dengan izin Allah mereka dapat dipulihkan . Teknik bakar besinya mampu menewaskan Jin dengan sekali tikaman sahaja . Peristiwa ini berlalu lebih 20 tahun yang lalu. Kini Muallij itu telah pergi menyahut panggilan Ilahi . Penulis hanya sempat diizinkan sedikit sahaja oleh beliau dengan ilmu Allah tersebut.
Peristiwa tersebut menyedarkan bahawa kita sentiasa diuji. Sebagai pesakit sifat sabar dengan dugaan dan terus memohon pertolongan Allah adalah antara ubat mujarrab untuk kesembuhan.
Benarlah kata-kata Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub:
"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi yang arif,menyedarkan orang yang murtad,memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai.Tidak seorang pun akan merasai manisnya Iman sebelum dia ditimpa bala,redha dan bersabar".
Semoga para perawat(Muallij) tergolong dalam orang yang arif lagi mukmin bersama pesakit yang sentiasa redho dan sabar dengan dugaan mampu melalui ujian Allah.Renungi Firman Allah:
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kadar kesanggupannya"
Al Baqarah: 286.



YASSIN DITAKUTI JIN

Semalam saya menziarahi anak saudara yang masih berehat panjang kerana terkena musibah kira-kira 10 bulan yang lalu. Kisahnya bermula apabila dia merasa tidak selesa dengan penemuan cecair seperti darah yang berubah daripada air meneral minuman yang dibawanya ke pejabat. Sejak itu kesihatannya terganggu dan pihak hospital hanya memberikan ubat dan rawatan biasa sahaja. Fizikalnya lemah tetapi sepanjang 6 bulan tiada simptom penyakit fizikal yang dapat disahkan doktor walaupun telah melalui beberapa proses rawatan moden.
Sesungguhnya Allah pencipta dan penguasa segalanya.Saya menjemput dia dan keluarga untuk majlis bacaan Yassin sempena keberangkatan anak ke Tanah Suci Makkah menunaikan Umrah.Serentak dengan itu majlis pagi itu dimaklumkan juga niat membaca Yassin untuk Allah tunjukkan keberkatannya merawat anak saudara yang kurang sihat itu .Petang itu diberikan air tadahan bacaan Yassin untuk diminum dengan rukyah ringkas. Ternyata Allah maha besar setelah scanning terbukti dia kerasukan tahap serius.Hanya berbekal sedikit Ilmu Allah yang tak seberapa ini rawatan susulan diteruskan.Syukran dan terima kasih kepada Muallij seperguruan di Akrien yang membantu. Dengan izin Allah sekumpulan Jin Saka dan Sihir setuju dikeluarkan.

Sabtu, 10 April 2010

Merawat Anak Saudara

...(sambungan). Selang sehari anak saudara dirawat ( Jin dikeluarkan ) beliau meneruskan rawatan rutin di hospital seperti biasa. Hasilnya baru dikesan tekanan darahnya terlalu rendah disamping disahkan juga tiada apa-apa masalah di bahagian jantung atau hati yang disyaki sebelumnya .Begitulah besarnya fadhilat ayat-ayat suci dan mukjizat yang mampu merungkai permasalahan manusia.Sebagai Insan yang kerdil kita amat yakin Allah membantu hambanya jika kita kembali ke jalannya iaitu Al Qur an dan Al Sunnah.Allah berfirman dalam Surah Yunus:157

"Wahai manusia,sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi PENAWAR bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. "

Kini beliau semakin pulih dengan izin Allah.Usaha rawatan tetap diteruskan.Doa ahli keluarga dan saudara mara serta keyakinan diri pesakit sentiasa diutamakan. Dugaan Allah mesti diterima dengan hati terbuka dan redho .Hal ini kerana proses penyembuhan kesan Sihir agak memakan masa. Maka wajarlah Allah meletakkan manusia yang bersihir sebagai syirik kepadanya dn bakal dihumban ke dalam Neraka Allah yang amatlah peritnya.

Alhamdulillah, semalam beliau memaklumkan kini kesan-kesan sihir seperti tidak bertenaga dan pening ketika bangun telah tiada selepas mengamalkan kaedah minum dan mandian Daun Bidara ,selain saya bekalkan wirid dan ayat-ayat penghadang sihir untuk diamalkan sendiri . Semuanya dengan Izin Allah . Wallahu Akla Wa Aklam.