Pages

Jumaat, 5 Oktober 2012

AMALAN MENGEKALKAN KESEMBUHAN

ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah setinggi syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan kita berkongsi ilmu Allah swt. Pembaca sekelian, betapa banyaknya nikmat Allah yang telah kita rasai dan kecapi sehingga tidak terhitung rasanya. Nikmat Iman, Islam,kesihatan ,terhindar dari kesusahan ,bala bencana dan jutaan nikmatNya lagi dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya telah kita lalui. Namun sepadankah dengan amalan kita yang terbatas waktunya ini. Justeru, eloklah kita teruskan beramal yang wajib dan sentiasa menambahkan amalan Sunat agar kita terus dibawah peliharaan Allah sentiasa . Antara amalan Sunat yang mudah,ringan tetapi dilupakan kebanyakan kita ialah Sujud Syukur. Sujud ini amatlah sesuai untuk perawat dan pesakit terutama kepada pesakit yang baru disembuhkan oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda:"Setiap orang Islam yang sujud kepada Allah,sekali sujud sahaja melainkan diangkatkan oleh Allah baginya satu darjat dan digugurkan daripadanya satu kejahatan". Para Ulama' mengatakan tanda syukur sebenar ialah ibadat Sujud Syukur  selain berzikir alhamdulillah  memuji Allah . Sebuah hadis yang diriwayatkan Abi Bakar r.a. : "Bahawasanya nabi s.a.w. apabila datang kepadanya oleh perkara yang menyukakannya maka menyungkurilah sujud baginda kepada Allah s.w.t" . Tidakkah pulih daripada kesakitan sesuatu yang amat menggembirakan kita ? Insya Allah amalan ini dengan izin Allah akan mengekalkan kesihatan kita dan dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang berulang. Caranya ialah:
         1.Dalam keadaan kita berwuduk.
         2.Waktu selain waktu yang diharamkan solat.
         3.Keadaan berdiri atau duduk
         4.Takbiratul Ihram ( sambil niat untuk sujud syukur)
         5.Terus sujud (sekali sahaja )
         6.Baca tasbih solat semasa sujud atau bacaan sujud sajdah
         7 Dalam hati bersyukurlah banyak-banyak pada Allah apa yang kita kehendaki
         8.Terus beri salam setelah duduk semula selepas sujud tadi.
    Insya Allah,mudah mudahan Allah memelihara kita dan menambahkan lagi nikmatnya - Amin.

Ahad, 23 September 2012

Jin DiIslamkan

Khamis, 28 Jun 2012

GEMPAR - FORUM "INDAHNYA ISLAM" 22 JUN 2012

              Ribuan Hadirin membanjiri Dataran SMKTB-Tahniah ALUMNI      
             Hafiz Hamidon,Imam Muda Azhar,Ust Osman Ali dan Dr.Zahazan
                       Percambahan Minda bersama Panelis Forum "Indahnya Islam"
                      Bersama Imam Muda Azhar  dan Saudara Nazri  RAIHAN
                          Moderator Hafiz Hamidon -Satu destinasi berbeza laluan.
                    Peserta Tilawah Kebangsaan-Saudara Fakhrurazi -" Anta UNIC"

Isnin, 25 Jun 2012

TERAPI ROHANI DI TANAH SUCI 28 MEI-10 JUN 2012

                                     SESUDAH SUBUH DI MASJID NABAWI
  
                                            MERENUNG MAKAM SYUHADA'
                             SYAHDUNYA SUBUH DI MASJID NABAWI-SUBHANALLAH
                                       CINTA MADINAH - CINTA RASULULLAH S.A.W.
                        BERTEMU RAKAN PERAWAT DARI KUALA LUMPUR
             BERSAMA BAKAL HAFIZAH - DI ARAFAH- ALLAHUMA BARIKUMA
                               PERAWAT SEDANG MERUQYAH PESAKIT...
                          SUBHANALLAH- PILUNYA DI RAUDHAH - ALLAHU AKBAR !


Ahad, 4 Mac 2012

MISTERI TETAPI BENAR - MESTI BACA

Segala puji bagi Allah penguasa semesta alam,solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. ,keluarga baginda,para khalifah yang empat serta seluruh para sahabat baginda,para tabi'in,tabi' tabi'in serta ummat Islam keseluruhannya .
Ketika berbicara dengan beberapa sahabat berkaitan gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja kita, tiba-tiba seorang rakan menceritakan pengalaman sebenar yang pernah di alami sendiri ketika remaja dahulu.Peristiwa berlaku di suatu malam bulan Ramadan yang mulia. Ketika para jemaah surau sedang kusyuk bersolat tarawih,si remaja ini bersama rakannya kusyuk pula dengan agenda sulit mereka di sebuah rumah.Sambil berborak kosong,berselang seli gelak ketawa tanpa menghiraukan kemuliaan Ramadan mereka telah mencuba "mengkhayalkan" diri mereka dengan hidangan ramuan yang mengasyikkan.
Hampir selesai para Jemaah solat,mereka pun bersiap untuk pulang.Oleh sebab sahabat ini pertama kali "melayari" bahan terlarang itu,dia tidak dapat memandu dan terpaksa membonceng seorang rakan untuk dihantar pulang. Dalam perjalanan pulang tiba-tiba sahaja pandangannya terganggu .Gangguan yang amat menakutkan,masakan tidak,katanya di kiri kanan jalan dia melihat berbagai jenis rupa Jin yang mengikutinya.Mereka berkeliaran dengan rupa wajah yang berbagai . Amat menakutkan lagi apabila dia terpaksa mengelak ke kiri dan ke kanan supaya mukanya tidak bertembung dengan makhluk itu.Katanya rasa takut dan menyesal mula menguasai dirinya.
Sebaik sampai di rumah tanpa berlengah lagi dia terus berusaha memulihkan kesedarannya dengan berbagai cara namun gagal. Gangguan suara dan penglihatan semakin bertambah dan merisaukan.Dalam kecelaruan minda itu tiba-tiba hatinya terdetik dengan pesanan orang tua-tua dan ustaz iaitu untuk berwuduk dan solat taubat.Dengan hati yang menyesal lantas sahabat ini terus ke bilik air dan berwuduk. Katanya ketika itu suatu peristiwa pelik dan menakutkan terjadi dengan izin Allah. Ketika air wuduk mengalir matanya terpandang berduyun-duyun makhluk halus yang berpaut di anggota tangannya jatuh satu demi satu dan terdengar pula suara tangisan mereka yang ketakutan dan jatuh berguguran ke lantai.Begitulah katanya yang terjadi pada setiap anggotanya yang dibasuh semasa berwuduk itu dan tiba-tiba sahaja pandangan dan suara seram itu lenyap tiba-tiba sebaik wuduknya selesai.Tanpa berlengah sahabat ini terus sahaja bersolat taubat memohon ampun atas keterlanjurannya dan dengan izin Allah keadaannya pulih seperti biasa selepas itu.
Alhamdulillah sahabat ini mengizinkan saya untuk menulis pengalaman benar beliau itu dalam blog ini . Inilah bukti kebenaran Sabda Rasulullah s.a.w :
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang hamba Muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluarlah dosa berjalan yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa." (Hadis riwayat Muslim)

Sabtu, 18 Februari 2012

BAHAYA KETIKA RAWATAN

Assalamualaikum. Sebagai seorang muslim sewajarnya menjadi kewajipan kita untuk mengambil langkah berhati-hati berpandukan garis panduan seperti yang disabdakan baginda Rasul s.a.w.agar kita sama ada sebagai pesakit atau perawat tidak terpengaruh dengan tipu daya Syaitan.
Sebuah hadis dari Umran bin Hasin berkata,telah bersabda Rasullullah s.a.w. "Bukanlah dari golongan kami orang yang melakukan tatoyyur( meramal kesialan/keburukan) atau meminta dilakukan ramalan atau orang yang bertenung atau yang meminta ditenungkan,atau orang yang menyihir atau yang minta disihirkan.Sesiapa yang mendatangi tukang tenung lalu membenarkan apa yang dikatakannya,maka dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad."
( Riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru adalah lebih baik malah sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak tertipu dengan bisikan Syaitan ketika proses rawatan maka kita mengambil langkah berikut:

1. Sebagai pesakit apabila bertemu perawat Islam ,setelah menyatakan masalah yang dihadapi mohonlah didoakan agar Allah sembuhkan.
2. Pesakit hendaklah mengelakkan kata-kata"minta discan apa puncanya atau siapa punya angkara" kerana kata-kata itu seolah-olah kita meletakkan perawat seperti "tukang tilik" atau "peramal" seperti yang diperingatkan oleh hadis di atas.
3. Jangan kecewa jika Perawat Islam tidak menjawab soalan seperti itu.Itulah tanda perawat Islam sebenar kerana dia mengambil langkah berhati-hati agar tidak tergolong sebagai tukang peramal atau tukang tilik yang amat dibenci oleh Rasulullah s.a.w.
4. Sesiapa sahaja pesakit atau perawat jangan sekali-kali percaya dengan dialog Jin jika muncul dalam proses rawatan.Kecuali untuk kegunaan perawat sahaja dan itu pun setelah melalui beberapa teknik penapisan fakta yang amat rumit. Hal ini kerana Jin sihir kebiasaannya akan berkata-kata mengikut emosi pesakit semata-mata dan bukan fakta yang boleh dipercayai.
5. Rasulullah s.a.w. sendiri pun tidak mengetahui siapa yang menyihir baginda . Hanya setelah diberitakan oleh malaikat barulah baginda berusaha mencari bahan sihir dan memusnahkannya,didoakan pula oleh malaikat dan disembuhkan dengan izin Allah.
6. Oleh itu siapa sangatlah kita ini jika berani tampil membuat tuduhan,sangkaan atau menafsirkan hasil scanning di khalayak ramai ? Sedangkan pesakit masih berterusan menderita menanggung kesakitan yang tidak berkesudahan?
7. Alangkah baik kita kembali menghayati hadis peringatan Rasulullah s.a.w. disamping kita berusaha dengan memahami batas sempadan ,teruskan berdoa dan berserahlah semuanya kepada Allah s.w.t. kerana Allahlah maha penyembuh yang sebenar-benarnya. Wallahu a'lam.

Rabu, 25 Januari 2012

DOA KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum. Pada keluaran lalu kita membincangkan masalah kegagalan sebahagian pelajar atau anak didik kita ke bangku sekolah. Bukan sahaja ibu bapa malah para pendidik telah sekian lama menghadapi situasi seperti itu.Sebenarnya kita tiada bukti kukuh mendakwa pelajar atau anak kita yang degil.Mungkin kita atau orang lain yang paling hampir juga memiliki ciri seperti itu yang memberi impak kepada masalah yang sedang di hadapi. Oleh itu mohonlah pada Allah merawat kita semua dengan senjata ini iaitu :

يَا لَطِيْفًا لَمْ يَزَلْ أُلْطُفْ بِنَا فِيْمَا نَزَلَ .. إِنّك لَطِيْفٌّ لَمْ تَزَلْ .. أُلْطُفْ بِنَا وَ المُسْلِمِيْن

Ya Latifan lam yazal ultuf bina fima nazal innaka Latifun lam tazal ultuf bina wal-muslimin

“O Gentle Who remains for ever, be gentle to us in all that befalls us, You are constantly Gentle, treat us and the Muslims with gentleness!”

“Wahai yang Maha Pelembut,berlaku lembutlah kepada kami pada apa jua yang engkau turunkan,sesungguhnya Engkau sentiasa berlaku lembut, berlembutlah ke atas kami dan orang-orang Islam”.

Amalkan sebagai doa selepas solat dan niatkan siapa yang dimaksudkan.Boleh dibacakan pada air dan jadikan minuman bersama.Baca dan tiupkan pada anak yang anda kasihi itu dan mohon Allah selesaikan. Insya Allah berkesan dengan izin Allah. ( Yang telah mencuba berikan komen anda tentang keberkesanannya selepas ini ).