Ahad, 18 Disember 2011

JIN--MATA JULING


Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,solawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad s.a.w. BagiNya segala kekuasaan dan milikNya jua segala pujian,yang menghidup dan mematikan, juga yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu.
Sebagai hamba Allah setakat nafas yang diizinkan ini marilah kita berbanyak ucapan syukur ke hadrat Allah swt. .Sebenarnya jika direnung sebanyak mana sekalipun ucapan syukur yang telah kita ucapkan sesungguhnya masih amat sedikit dirasakan jika dibanding dengan banyaknya nikmat dan keselesaan yang Allah kurniakan selama ini.Cuba kita renung sejenak,kita diuji sedikit sedangkan ada orang lain diuji lebih hebat.
Satu ketika dulu ada seorang pelajar IPT datang meminta bantuan kerana masalah penglihatan matanya yang diuji Allah. Ceritanya pelajar ini selepas bangun tidur dan melihat wajahnya di cermin ,kelihatan sebelah matanya tidak dapat berkisar seperti kebiasaannya.Malah tiba-tiba sahaja sebelah bebola matanya menjadi statik dan yang sebelah lagi normal.Penglihatan menjadi terganggu untuk beberapa hari.
Doktor yang ditemui terpaksa merujuk kepada yang lebih pakar dan keputusan untuk dibuat pembedahan mula dirancang jika keadaan julingnya itu tidak pulih. Sementara menunggu untuk rawatan pakar itu pelajar tersebut terpaksa diberi cuti dan pulang ke kampung.Emosi pelajar ini kelihatan terganggu memandangkan ketika itu hampir final exam.Tambahan pula terpaksa pakai penutup mata ala "P.Ramlee"untuk mengelak gangguan lain.
Seperti biasa kita hanya membantu berdoa seperti biasa.Semasa proses rawatan scanning rupanya pelajar ini ada gangguan "makhluk itu ".Dia mengaku yang punya angkara.Lama juga saya berbincang dan akhirnya Allah mudahkan untuk jin itu keluar.
Alhamdulillah seminggu selepas itu bebola matanya kembali normal dan dapat kembali belajar seperti biasa. Bayangkan jika "operation didahulukan" ?
Oleh itu saya cadangkan jika ada di antara kita diuji Allah dengan kes luar biasa seperti di atas ,eloklah dibuat pemeriksaan doktor pakar.Dalam masa yang sama jika tidak pulih melebihi 3 hari ikhtiarkan rawatan Al Quran.Kita bimbang kadang-kadang makhluk Jin sengaja mengambil peluang untuk merosakkan masa depan kita kerana itulah sebenarnya kerja jahat Jin . Selain itu kita juga hendaklah berwaspada ,jangan melakukan kerja-kerja yang boleh mengundang kehadiran makhluk itu kerana Allah jadikan malam untuk beribadat dan beristirahat dan siang untuk berusaha secara halal bukan gerak laku lainnya yang tidak disukai manusia dan dimurkai Allah.


0 ulasan:

Catat Ulasan