Jumaat, 18 Januari 2013

KELEBIHAN AIR DIBACAKAN AL QUR'AN

      Penggunaan  air sebagai bahan rawatan kesihatan secara keseluruhannya telah diterima pakai oleh pakar perubatan sama ada dalam rawatan kotemporari mahu pun moden.Malah air dan manusia adalah sinonim dan tidak dapat dipisahkan.Malah air adalah sebahagian daripada unsur kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah. Perubatan moden dalam amalannya mengiktiraf air sebagai bahan alam yang membantu proses penyembuhan. Perubatan Islam pula lebih mendahului kerana kelebihan air telah tersurat dalam banyak ayat dalam Al Quran dan Al Hadis.Justeru Perubatan Islam sememangnya pasti menggunakan air yang dibacakan Al Quran atau Ruqyah Syariah . Perbezaannya perubatan moden semata-mata menggunakan air tetapi Perubatan Islam mengkombinasikan air dengan dibacakan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa mustajab seperti diajarkan oleh Rasulullah dan amalan para sahabat.Air terbaik ialah Air Zamzam .Khasiatnya kekal hingga kiamat lantaran doa Nabi Allah Ibrahim a.s dan diakui oleh Rasulullah s.a.w. akan menjadi air rawatan berkesan dengan hanya diniatkan hajat ketika meminumnya sahaja. Di Malaysia yang jauh daripada Makkah tentu sekali pengunaan air mineral sebagai minuman harian menjadi pilihan utama. Produk air mineral di negara ini hanya ada dua sahaja,satu air mineral biasa dan satu lagi air mineral keluaran muslim yang dibacakan Al Quran.Maka terpulanglah kepada pengguna membuat pilihan.Pengguna muslim yang memahami konsep air dalam rawatan Islam pastinya bijak membuat pilihan . Hadis-hadis dan riwayat para sahabat serta ulama' di bawah boleh membantu keyakinan anda bahawa air yang dibacakan Al Quran telah terbukti sebagai bahan rawatan kesihatan yang berkesan:
         1) Hadis sahih Riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membacakan Al Quran yang ditiup pada air,kemudian baginda menjiruskan ke atas seorang pesakit bernama Thaabit bin Qais. 
         2) Dalam kitab Tafsir Al Qurtubi  dinyatakan bahawa diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa tidaklah mengapa membaca ta'awuz pada air kemudian mencurahkan kepada pesakit.Beliau sendiri pernah membaca 2 Qul pada air kemudian beliau menyuruh dimandikan ke atas pesakit.
        3) Dr.Said Al Qahtani dalam kitabnya "Addu'a' menulis" Dibolehkan menulis beberapa ayat Al Quran untuk pesakit,kemudian air itu digunakan untuk mandi dan diminum dengan niat berubat serta memohon penyembuhan kepada Allah.
       4) Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan bahawa ketika cucu Rasulullah s.a.w. iaitu Hassan bin Ali sakit berat,maka Rasululah s.a.w. membacakan Surah Al Fatihah sebanyak 40 kali serta meniupkan pada air.Kemudian air itu diusapkanke muka,kepala,tapak tangan dan kaki Hassan.Maka segera sembuh berkat Al Fatihah.( .Mujarrabat Al Kubra Kiyai H.Zahwan Anwar).

     Demikianlah sebahagian kecil daripada asas mengapa dikatakan air yang dibacakan Al Quran lebih sesuai dijadikan pilihan utama pengguna Muslim .Jika Rasulullah s.a.w. dan para sahabat melakukannya maka siapakah kita yang berani menolak Rawatan Islam masa kini yang menggunakan air yang diruqyah dengan Al Qur'an dan doa-doa ma'thur sebagai bahan rawatan kesihatan ? Cadangan saya carilah produk Air Mineral yang dibacakan Al Quran .Tetapi awas selidiki ketulinannya,setelah diyakini keesahannya maka gunakanlah tanpa was-was ,Insya Allah bermanfaat untuk anda. Pilihan saya ialah AIR MINERAL SALSABIL  yang telah tersebar di pasaran Malaysia sekarang.

2 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Aizat Bukhari berkata...

Main nombor kan haram..napela makcik ni berfikiran mcm ini..udah2 le tu makcik..pintu taubat masih lg trbuka

Catat Ulasan