Pages

Ahad, 9 Januari 2011

KES RASUKAN DI IPTA

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.Terima kasih dan syukran jaziran kepada anda di mana sahaja berada.Setelah sekian lama 'berehat' dari menulis tanpa disedari rupanya pelawat blog ini telah menjangkau hingga ke Serawak,Brunei,Indonesia malah USA.Minat tersebut melambangkan kita semakin kukuh pegangan dengan Allah dan betapa pentingnya kita terus bergantung kepadaNYA dalam usaha menyelesaikan apa jua masalah manusia yang akhirnya kita pasti menuju kepadaNYA jua.
Saya terpanggil untuk memfokuskan perkongsian pengalaman ini kepada golongan yang terlibat dengan ilmu sama ada kita sebagai pelajar,pendidik malah sesiapa sahaja yang sentiasa berusaha memartabatkan ilmu sebagai sumber kebaikan dunia dan akhirat.
Sepanjang pengalaman yang singkat ini rupanya ramai juga pesakit adalah golongan genius,pintar malah ada yang layak disebut 'intelektual'yang telah mantap ilmu agama dan akademik .Suatu ketika saya diminta untuk membantu seorang pelajar IPTA ternama yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana tetapi terpaksa di panggil pulang kerana ditimpa penyakit misteri yang mengganggu kosentrasi terhadap ilmu secara tiba-tiba lantaran diserang 'batuk'yang berterusan tanpa henti 24 jam.Pada ketika yang lain pula seorang pelajar IPT terus ranap motivasi belajar gara-gara tergelincir di tandas IPT sahaja.Ada juga kes beberapa orang graduan yang sedang meningkat prestasi kerjanya tiba-tiba diserang magrain dan hesteria ketika bermesyuarat dan berkerja.Alhamdulillah dengan izin Allah mereka disembuhkan oleh Allah sebaik selesai rawatan walau pun ada juga yang terpaksa dirawat berulang kali.
Allah jadikan semua peristiwa ini sebenarnya mengajak kita berfikir,mengkaji dan bermuhasabah tentang punca dan jalan penyelesaiannya.Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini hasil usaha dan ikhtiar secara syar'e ,penemuan saya ialah para pesakit tersebut sebenarnya telah diserang 'makhluk jahat ' itu lantaran untuk menggagalkan misi golongan 'ilmuan' yang akan membawa banyak kebaikan (makruf)kepada manusia nanti.Benarlah Firman Allah Surah Al-Hajj: 52 bermaksud:
"Dan tidaklah kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau Nabi melainkan apabila dia bercita-cita(untuk kebaikan agama yang dibawanya),maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu dari mencapai cita-citanya".
Justeru,lantaran kejahatan makhluk syaitan itu maka mereka wajar diperangi dan usah putus asa malah yakinlah Allah sentiasa melindungi golongan 'ilmuan'dengan bantuan para malaikatnya yang sentiasa mendoakan rahmat kebaikan untuk kita.Dalam keghairahan kita menempa visi dan cita-cita tutupkan serapat-rapatnya pintu masuk Jin dan syaitan ini iaitu 'kelalaian' mengingati Allah.Sebab Allah juga telah mengingatkan kita dalam Surah Al-A'raf: 204 bermaksud:
"Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya".
Maka tidak hairanlah dewasa ini ramai juga golongan terpelajar telah terperangkap dengan angkara makhluk ini dan tewas dengan pelbagai hiasan dan kemajuan dunia yang serba canggih tetapi merugikan diri sendiri di dunia dan akhirat.Insya Allah akan dicadangkan beberapa panduan menangani 'kelalaian' untuk kita amalkan sebagai ikhtiar rawatan -biiznillah.

1 ulasan:

gila-haih berkata...

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".(An-Naas 114:5-6). Antara sumbangan dari kalangan manusia di dalam hal ini; Sebahagian pelajar IPT dan cikgu sekolah yang suka melanggar batas aurat telah membuka portal bagi membisik dan menghasut malah menghilangkan berkat dari Allah dalam mencari ilmuNya. perkara yang di anggap remeh telah di manipulasi dengan jayanya,adakah ustaz setuju? -gila haih

Catat Ulasan