Semalam saya menziarahi anak saudara yang masih berehat panjang kerana terkena musibah kira-kira 10 bulan yang lalu. Kisahnya bermula apabila dia merasa tidak selesa dengan penemuan cecair seperti darah yang berubah daripada air meneral minuman yang dibawanya ke pejabat. Sejak itu kesihatannya terganggu dan pihak hospital hanya memberikan ubat dan rawatan biasa sahaja. Fizikalnya lemah tetapi sepanjang 6 bulan tiada simptom penyakit fizikal yang dapat disahkan doktor walaupun telah melalui beberapa proses rawatan moden.
Sesungguhnya Allah pencipta dan penguasa segalanya.Saya menjemput dia dan keluarga untuk majlis bacaan Yassin sempena keberangkatan anak ke Tanah Suci Makkah menunaikan Umrah.Serentak dengan itu majlis pagi itu dimaklumkan juga niat membaca Yassin untuk Allah tunjukkan keberkatannya merawat anak saudara yang kurang sihat itu .Petang itu diberikan air tadahan bacaan Yassin untuk diminum dengan rukyah ringkas. Ternyata Allah maha besar setelah scanning terbukti dia kerasukan tahap serius.Hanya berbekal sedikit Ilmu Allah yang tak seberapa ini rawatan susulan diteruskan.Syukran dan terima kasih kepada Muallij seperguruan di Akrien yang membantu. Dengan izin Allah sekumpulan Jin Saka dan Sihir setuju dikeluarkan.
1 ulasan:
assalamualaikum..saya ingin menceritakan tentang satu kisah benar..pada 5hb april 2011, saya telah pergi ke rumah ibu saudara saya dan saya dapati, menantu ibu saudara(kak ani) saya di rasuk..saya ada di situ pada hari kejadian..semasa kak ani di rasuk,dia ada mengatakan bahawa dia adalah kepunyaan bapa kak ani..jin bapa kak ani merasuk kak ani adalah kerana ingin menguji keluarga besan serta suami kak ani..saya telah memasang surah yasin serta ayat2 suci al-quran yang lain..selama seminggu kak ani terseksa melawan rasukan tersebut..saya kasihan dengan keadaan dia..saya sedang mencari jalan untuk mengubati kak ani..kasihan sangat apabila melihat keadaan dia di perlakukan oleh ayahnya sendiri..pelbagai dukun telah kami cuba..
Catat Ulasan